Belanja RM5000 Sekali Untuk RM5000 Berulang Kali (BHG.1)

 

 

Assalamualaikum w.b.t,

Ok, saya adalah Ayah Iman suami kepada Mama Iman bapa kepada Husnul Iman. Ni kali ketiga saya berhasrat jadi penulis di blog IbuCergas.com. InsyaAllah kali ni bukan lagi gurauan. Memandangkan saya perlu mencari pelantar untuk merekod idea-idea dan pandangan-pandangan saya.

Saya adalah manusia di sebalik tabir blog ini membantu Mama Iman dari segi teknikal. Minat saya cenderung kepada berniaga. Sejak dari sekolah rendah minat berniaga sudah terpupuk. Di sekolah menengah pula saya dah pandai menjual. Di universiti pula.. ok yang tu nanti kot sambung. Secara jujurnya saya tak pandai menulis walaupun saya pandai bercakap. Saya rasa kalau saya menulis idea saya yang laju macam peluru tu akan meninggalkan ayat-ayat yang ingin ditulis kerana perbezaan kelajuan yang ketara.

Mula-mula saya bercadang nak membuat blog baru dan biarkan penulisan saya terkubur saja di blog yang kemungkinan tiada pembaca tapi bila fikir balik ada baiknya saya menambah artikel di blog Mama Iman bagi tujuan pengembangan blog ini di carian Google. Sekian pengenalan dari saya terima kasih.

{focus_keyword} Belanja RM5000 Sekali Untuk RM5000 Berulang Kali (BHG.1) marketing21

 

Seperti kebanyakan hari-hari lain, bila dalam kereta bersama Mama Iman saya sering mengeluarkan buah fikiran yang terkeluar tiba-tiba macam bertih jagung yang mengepop dan kali ini topik yang dibincangkan adalah berkenaan dengan pemasaran. Pemasaran adalah perkara wajib bagi apa-apa perniagaan sekalipun. Saya biasa melihat rakan-rakan saya yang baru nak memulakan perniagaan mengeluh sebab susah nak berkembang dan buat jualan. Bila saya tanya kebanyakannya adalah masalah dari segi pemasaran. Bukan sebab mereka tak tahu langsung memasarkan produk, cuma cara yang digunakan mereka hanya dapat berkembang pada kadar yang sangat perlahan.

Dalam membuat pemasaran sebenarnya boleh bermula dengan tanpa keluar modal pun. Banyak cara pemasaran secara percuma tapi bukan itu yang saya nak fokus. Apa yang saya nak kongsikan adalah untuk membuat duit (dengan cepat) kita perlu keluar duit. Kenapa saya ada mention ‘dengan cepat’ sebab nak buat duit tanpa menggunakan duit pun boleh je cuma jangan mengeluh bila result yang diterima pun perlahanlah. Tapi jangan pula merisiko kan diri dengan buat pinjaman semata-mata nak belanja untuk perniagaan yang anda jalankan melainkan anda tahu apa yang anda buat.

Ramai yang takut-takut nak berbelanja besar untuk marketing sebab takut rugi. Buat marketing sebenarnya tak boleh dikategorikan sebagai kerugian sebab ia tak kan menjadi liabiliti kepada perniagaan yang kita buat cuma impact yang di terima dari pemasaran tersebut sama ada besar atau kecil sahaja. Saya sendiri pernah habis beribu-ribu mempelajari dan membuat ‘trial and error’ dalam mencari teknik dan method pemasaran yang betul dan efektif. Tapi pada saya ia bukan satu kerugian lansung kerana sekarang ia telah menjadi aset kepada saya untuk melakukan pemasaran dengan lebih bijak tanpa perlu membazir kepada sesuatu yang tak pasti.

Merujuk kepada tajuk artikel ni iaitu “Belanja RM5000 Sekali Untuk RM5000 Berulang Kali” apa yang saya nak sampaikan adalah dengan berbelanja untuk marketing bagi mempromosikan perniagaan kita memungkinkan kita untuk mendapat keuntungan berpanjangan. Ia juga berdasarkan pengalaman saya dalam bidang pemasaran online kerana kebiasaanya pemasaran online membawa kepada keuntungan yang berpanjangan. Mungkin nanti saya boleh menyembang lebat pasal marketing online offline on the next article.. Ok, RM5000 tu memang nampak sangat besar tapi bila tahu dengan jumlah itu kite bakal dapat RM5000 x (sehingga mana dikehendakiNya), jumlah RM5000 yang dikeluarkan dah tak nampak besar. Masalah  kebanyakan orang adalah  ramai yang tak nampak atau tak dapat ‘vision’  apa yang mereka bakal dapat dengan mengeluarkan  jumlah sebesar itu. Sudah semestinya dengan automatik kita akan jadi lebih defensif dan negatif untuk tidak merisikokan diri sendiri dengan kos sebanyak itu. Berlainan pula bila kita dah ‘nampak’ perolehan yang bakal diterima. Walaubagimanapun, ‘vision’ yg kita ada boleh jadi memakan diri jika silap langkah. OK, define silap langkah please, yang saya pasti akan ada orang tanya. Yang tu pun nanti-nanti lah ek sebab ni penulisan pertama saya. Tak pandai nak mengatur cerita.

Saya fikir cukup dulu setakat ni. Saya sengaja menulis secara umum sebab kalau saya nak cerita lebih detail perlukan penulisan artikel yang lain pulak. Kiranya anggap ni macam muqaddimah dulu la.. Kang panjang sangat karangan samada saya yang ke lautan india atau pembaca yang tenggelam dalam tasik chini.  Jadi kalau rasa artikel ni boleh blah, jangan blah dulu, wait for the next one. Nak gain momentum dulu… huhu..

 

Tukang Karang

Ayah Iman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Belanja RM5000 Sekali Untuk RM5000 Berulang Kali (BHG.1) pixel

Ayah Iman

Suami kepada pemilik blog ini dan ayah yg budiman kepada Husnul Iman. Tugas utama adalah memberi technical support utk blog IbuCergas.com dan juga bakal menjadi penyumbang post di dalam blog ini. Post saya akan lebih ke arah dunia perniagaan online dan juga marketing.

You may also like...

4 Responses

  1. Suzila Abdullah says:

    salam…berminat nk tau ni sbb sya pun tengah nk mulakan bisness…. cer sambung cer sambung…..:)

    • Ayah Iman says:

      begitu susah sekali saya nak dapatkan kekuatan menulis.. arghh… wahai tangan bergerak lah dikau ke arah papan kekunci itu… eh mmg sudah di papan kekunci.. tulis lah… tulis lahh!! tulisss!!!

      ok salah bg instruction.. ‘taip’ yg sebetulnya.. so tangguh ke esok..

      • erma says:

        hmm..menarik..saya nak tau lebih lanjut..sbb mmg buta kayu pasal dunia marketing ni..rasanya mcm gaya penulisan yg lebih santai..
        😀

  2. yus says:

    Next article please…satu penulisan yg sangat baik.;)

    Tak tahu lah ini gaya bahasa ayah iman yg hakiki atau tidak. Tapi ada keserupaan dengan gaya bahasa mama iman. Sekadar melontarkan pandangan…kalau ia memang gaya bahasa ayah iman…teruskan (sangat seronok membacanya). Jika sebaliknya, tukarlah kepada gaya bahasa sendiri. Kita susah mengarang apabila cuba mengikut orang berbanding menonjolkan apa yang memang kita ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.