Bahaya Tabiat Gigit Kuku Dan Cara Mengatasinya

Mesti baca bahaya tabiat gigit kuku ni, dan saya ada tips untuk atasinya. Berdasarkan pengalaman sebenar. InsyaAllah. Mana tau kot-kot ada anak yang dah start gigit kuku dan kopek kuku ni. Iman dah start dah. Memang nak kena brainwash.:mrgreen: {focus_keyword} Bahaya Tabiat Gigit Kuku Dan Cara Mengatasinya icon mrgreen

Bahaya Tabiat Gigit Kuku Terhadap Kesihatan {focus_keyword} Bahaya Tabiat Gigit Kuku Dan Cara Mengatasinya Xcvhjewkrjei0078

Errkk….. euuu….

>

Kenapa Tabiat Gigit Kuku Ini Berlaku?

Sesetengah orang kata ia ada berkaitan dengan masalah psikology. Sebab bila ditanya dan suruh berhenti, kebanyakan orang yang ada tabiat ini akan cakap;

“Susahlah nak berhenti”,
“Dah biasa dari kecik” dan ada yang jawab;

“Sedaplah”…… (-____-)

Pendek kata memang tabiat ni sangat susah nak berhenti. Gigit sampai berdarah-darah dan kuku jadi buruk pon tak boleh berhenti.

Saya antara orang itu suatu ketika dahulu. Sambil tengok TV dan jika cerita itu sangat mengujakan atau seram, teruk kuku saya kerjakan. Bila sampai ke klimax cerita, makin berdarah lah hujung jari saya. Euuuu (eh itu dulu laa… zaman sekolah rendah menengah dulu.. hehe) :-P {focus_keyword} Bahaya Tabiat Gigit Kuku Dan Cara Mengatasinya icon razz Sekarang dah tak laa.. too busy kot. Sekarang kuku dah comei. Hahah.

Saya pon menulis ini sebab anak saya Iman mula menunjukkan tabiat yang sama. So berdasarkan pengalaman diri sendiri, harap tips di bawah boleh membantu sesiapa yang ada anak yang mula ada tabiat gigit kuku ini.

>

Keburukan Tabiat Gigi Kuku

Jom tengok dulu keburukan gigit kuku.

1. Banyak Bakteria. Terlalu banyak bakteria dan kulat sebenarnya di bawah kuku kita tu. Jadi, mengigit kuku ni dah sah-sah lah akan masukkan semua bakteria tu ke dalam mulut kita. Sebenarnya gigit kuku ni cumalah bad habit, tapi bad habit yang boleh memudaratkan sebab boleh mendatangkan penyakit. Sebab itulah kena stop.

2. Jangkitan sekunder. Kebanyakan orang yang gigit kuku ni memang biasanya akan gigit dan koyakkan sekali kulit sekitar kuku tu. Tentulah lagi teruk sebab bila kulit tu luka dan terdedah, memang akan jadikan jangkitan mudah berlaku. Lagi teruk kalau ada luka terbuka. Bakteria boleh senang-senang masuk ke dalam sel darah dan merebakkan ke dalam badan yang lain. Sebab tu lah biasanya kita melihat orang yang mengigit kuku ni agak pengotor dan kurang bersih. Hurrmm.. (-____-)

3. Kurang Keyakinan Diri. Keburukan lain orang yang mengigit kuku ni ialah, kuku jadi rosak dan tak cantik. Kemudian, mereka yang gigit kuku ni biasanya tlangsung tak konfiden nampak kurang normal. Cuba bayangkan, anda nak interview dapatkan kerja baru. Terlalu nervous masa nak interview sampaikan asyik dok gigit kuku. Tak gigit pon maybe kopek-kopek kuku sebab nak hilangkan nervous tu. Sebenarnya tindakan “asyik: dengan kuku tu memang langsung tak normal. Dan jangan tak tahu, ia pon mempengaruhi sama ada kita diterima kerja ataupun tak okeh.

>

Cara Atasi Tabiat Gigit Kuku

{focus_keyword} Bahaya Tabiat Gigit Kuku Dan Cara Mengatasinya hand thumbs plaster isolated 7574139

1. Balut dengan Handy Plaster

Yang ini sangat berkesan untuk Iman. Mujur Iman masih hanya ada tabiat pada satu jari sahaja. So memang saya akan balut dan Iman pon suka pulak dibalut. Main doktor-doktor katanya. Memang Iman takkan bukak pembalut tu sehingga saya yang paksa bukak. So sepanjang masa pembalut ni adam takde lah Iman mengorek kuku dan kulit sekitar kuku. Cuma pastikan sentiasa tukar. Saya akan tukarkan setiap kali basahdan lepas mandi.

Untuk kita yang dewasa ni, cara ini pon berkesan. Cuma toksahlah buat masa menghadiri majlis-majlis formal. Lagipon kita kan solat, so kenalah bukak sekurang-kurangnya 5 kali waktu solat setiap hari. Heheheheeh.

<

{focus_keyword} Bahaya Tabiat Gigit Kuku Dan Cara Mengatasinya DSC 0944

2. Balut dengan Inai

Yang ini sangat berkesan untuk saya dulu. Kalau boleh pakai Inai semulajadi yang tumbuk sendiri tu. Lagi merah lagi bagus. Pakai hari-hari lagi bagus. Tujuannya sebab nakkan bau inai tu sentiasa ada di jari. Memang agak berbau dan saya tak boleh nak gigit kuku. Pahit puak tu rasanya. Hahahahaha. Dan pastikan masa menginai tu, cover seluruh hujung jari sekali dengan Inai. Supaya merah tu ada di sekeliling jari. Ini supaya bila katakan kita nak korek kulit jari tepi tu kan, kita rasa tak berapa nak buat sebab akan jadi terlampau hodoh.

Pernah sampai cikgu disiplin kat sekolah tegur saya kenapa asyik pakai inai. Saya jawab; “Saya ada tabiat gigit kuku cikgu. Ini caranya untuk saya selamatkan diri dari tabiat gigit kuku tu”. Speechless cikgu tu dengan pengawas sekolah haaaaa:lol: {focus_keyword} Bahaya Tabiat Gigit Kuku Dan Cara Mengatasinya icon lol. Eh ini kisah benar sungguh.

>

{focus_keyword} Bahaya Tabiat Gigit Kuku Dan Cara Mengatasinya cross 2Bstitch 2Bclose 2Bup

3. Sibukkan Jari Jemari Anda

Hahaha. Boleh lah tambah hobi yang menggunakan jari. Macam Stitching dan Crostitch. Saya seriously memang buat Crostitch macam gambar di atas ni. Siap buat lapik meja lagi. Dan siap bawak ke sekolah lagi. Hahahahhaa. Eh zaman sekarang ni ada lagi orang buat crostitch ke? :roll: {focus_keyword} Bahaya Tabiat Gigit Kuku Dan Cara Mengatasinya icon rolleyes Tapi seriously alhamdulillah banyak improvement saya masa sekolah menengah dulu.

Sedangkan masa sekolah rendah, kuku saya memang hancus! (sama macam gambar atas sekali dalam artikel ni) (╥︣﹏᷅╥)

Untuk Iman, disebabkan Iman sangatlah suka mewarna dan main playdoh, saya just busykan diri dia dengan mainan tu jek. Kalau biarkan Iman tengok TV semata-mata, memang habis jarinya dikorek. Hatta masa diajak solat pon boleh pulak dia kopek jari dia di bawah telekong dia. Aiyoo.. (-____-)

>

{focus_keyword} Bahaya Tabiat Gigit Kuku Dan Cara Mengatasinya chewing gum

4. Sibukkan Mulut Anda Juga

Dulu saya juga mulakan makan chewing gum masa sekolah menengah. Tapi agak buruk lah kalau sentiasa mengunyah kan. Lagi-lagi perempuan. Hehehehehhe :lol: {focus_keyword} Bahaya Tabiat Gigit Kuku Dan Cara Mengatasinya icon lol. So saya limitkan aktiviti ini bila di rumah atau kawasan tertutup sahaja. Terapi ini juga salah satu yang memberi kesan positive kat saya. Takde lah bila stress tu saya kopek kuku atau gigit kuku. Untuk cara yang ini, tak terpakai untuk Iman. Sebab Iman pon banyak allergiknya. Setakat kismis dan kekacang tu, dia cepat bosan. So saya just busykan tangan dia je lah. Tak dapat nak busykan mulutnya. Hehehehe.

{focus_keyword} Bahaya Tabiat Gigit Kuku Dan Cara Mengatasinya nails short

5. Potong Kuku pendek Siap-siap

Saya sentiasa bawak pengetip kuku. Ia adalah sebagai langkah berjaga jaga supaya gigi tak jadi “ketip kuku”. Hahaha. Biasanya mulut mula jadi gatal nak gigit sebab kita dapat rasa sesuatu yang tak berapa selesa di bahagian jari. Bila ada rasa sebegitu, terus ambil sahaja pengetip kuku dan potong bahagian yang tak sedap tu. Ianya lebih cepat, mudah dan tidak mencetuskan tabiat gigit kuku. Sebab pengetip akan kemaskan kuku sebaik mungkin dan tajam berbanding gigi. Gigi akan menyebabkan keadaan kuku makin teruk dan tendency untuk terus gigit dan tarik makin menjadi-jadi. Lagipon pengetip kuku lebih hygenic berbanding menggunakan gigi kaaan.

Sentiasa pastikan kuku pendek. Bila pendek, takdelah bahagian yang nak kita gigit tu. Pastikan cek kuku anak-anak setiap hari kalau boleh. Macam Iman, saya kena cek hari-hari untuk pastikan tak ada bahagian keras di tepi kuku yang menjadikan Iman rasa nak korek tu. Alhamdulillah memang berkesan.

Itu dia 5 cara yang saya guna berkesan untuk saya atasi tabiat gigit kuku ni. Memang sangat take time dan sangat mencabar. Lebih-lebih lagi bila waktu stress atau teruja. Memang siapa yang ada tabiat gigit kuku ni rasa ia tak boleh berhenti. Ada yang kata ia berkaitan dengan psychology. Erk… hhahaha teruk sangat ke psychology aku ni:lol: {focus_keyword} Bahaya Tabiat Gigit Kuku Dan Cara Mengatasinya icon lol. Kalau dah sampai kronik dan berdarah-darah sampai pecah ranap kuku tu, bawak-bawak la jumpe doktor. Mungkin Doktor ada cara alternatif yang lain untuk merawat masalah psychology ni. Hehehheehe. Alhamdulillah saya tidaklah kronik sangat dulu.

Pada masa yang sama, kenalah amalkan pemakanan yang sihat supaya kuku tu tumbuh cepat dan sihat. Kalsium dan magnesium adalah antara mineral yang membantu repair balik kuku. Memang ada kajian yang menunjukkan siapa yang kurang kalsium dan magnesium ada tendency untuk gigit kuku berbanding mereka yang cukup kalsium dan magnesium. Antara makanan yang membantu pertumbuhan kuku adalah telur, soya, dan bijirin. kalau nak kuku cantik dan berkilat pulak, amalkan makanan yang kaya dengan asid lemak (essential fatty acid EFA) yang banyak dalam ikan, sayur hijau, kekacang dan biji-bijian.

Mungkin lah juga Iman kurang nutrisi (sebab limited macam-macam tak boleh makan dek allergy dia tu).

So, selamat mencuba. Semoga kuku anak-anak kita cantik dan berkilat. Sejarah mengajar saya mengenai tabiat ini, dan saya akan cuba pastikan Iman tidak terikut tabiat buruk saya. Muahahahaa. Wish me luck! :lol: {focus_keyword} Bahaya Tabiat Gigit Kuku Dan Cara Mengatasinya icon lol

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Bahaya Tabiat Gigit Kuku Dan Cara Mengatasinya pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.