Bagaimana mencari taska untuk anak anda

Saya tak tahu ibu bapa lain di luar sana bagaimana mereka menjustifikasikan pencarian taska buat anak mereka. Disebabkan saya juga ibu baru, diharap siapa-siapa yang mempunyai pendapat/ pandangan/ penilaian/ cadangan bolehlah kiranya berkongsi pengalaman dengan saya. Dari pengalaman saya sendiri, ada beberapa perkara perlu diambil tau:

>

>

1)     Adakah Taska tersebut berdaftar/ berlesen?

Ini adalah kriteria paling saya titik beratkan. Memang leceh. Saya tak salahkan pengusaha Taska 100%. Sebab proses untuk mendapatkan lesen dan renew lesen dengan JKM amat melecehkan. Ditokok tambah pula dengan tempoh proses yang kadang kala menjengkelkan. Tabahkan diri ye wahai pengusaha taska yang dikasihi. Kami ibu bapa sememangnya menaruh harapan yang tinggi pada kalian untuk menjaga permata hati kami. Ok, memang senarai taska JKM boleh dipercayai. Masalahnya ialah ianya laman web JKM sendiri lambat diupdate dan nampak sedikit sangat Taska yang berdaftar. Malah, kalau saya pergi ke laman web JKM Negeri Selangor, page untuk taska kosong belaka.  So, apa tindakan saya ialah;

a)      Tanyakan pada kawan-kawan/ saudara-mara/ sahabat yang menghantar anak ke Taska di mana anda merancang untuk hantar anak anda. Tanya mereka tentang pengalaman mereka, tentang lesen taska dan sebagainya.

b)     Pergi ke JKM daerah/ negeri tempat anda berada. Kadangkala mereka sudah berdaftar di JKM daerah, tetapi belum dimaklumkan ke JKM pusat.

Semoga sedikit sebanyak usaha kita ni, Allah berikan petunjuk dan memberi sedikit gambaran taska mana yang sesuai buat anak kita.

>

>

2)     Aktiviti Taska

Saya perhatikan bila saya jalan-jalan cari Taska, ada sebahagian Taska yang amat menitik beratkan aspek perkembangan menyeluruh kanak-kanak termasuklah perkembangan fizikal, bahasa, sosio emosi, dan kognitif. Siap ada Taska yang buat perjumpaan berkala dengan ibu bapa kanak-kanak setiap 3, 4 bulan untuk bincangkan perkembangan anak-anak mereka. Siap mempunyai buku rekod perkembangan individu untuk setiap kanak-kanak, dan siap dah buat planner aktiviti untuk sepanjang tahun. Impressive!! Saya yang tak pernah ada pengalaman hantar anak ke Taska punyalah terkejut. Yerla, Taska kan untuk toddler bawah 2 tahun. Tu yang tak sangka tu. Hihi.

>

>

3)     Kursus Pengasuh

Rupanya setiap pengasuh seharusnya mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK). Saya pun tak tahu. Hehe. Bila saya melayari laman web Persatuan Taska Negeri Selangor, barulah saya tahu semua ni. Boleh rujuk sini:

http://www.taskaselangor.org.my/portal/

Dataran Usahawan Selangor,Tingkat LG, Bangunan Darul Ehsan,Seksyen 14,

40000 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-5510 7655 Fax : 03-5513 8701

>

>

Ini tindakan terakhir saya dalam saya mencari taska. Sekurangnya-kurangnya walaupun Taska tersebut belum renew lesen /dalam proses renew lesen, mereka ada menghantar pengasuh mereka ke kursus KAAK ni. Kakitangan Persatuan Taska Negeri Selangor ni sangatlah baik dan friendly. Siap bila saya tanyakan satu-satu Taska yang ada hantar pengasuh mereka untuk kursus KAAK, mereka memberi dengan tidak lokek, even dalam telefon je pun. Bukan saya pergi ke pejabat mereka. Saya sangat-sangat seronok berbual dengan mereka. Terima kasih PTNS. Good job!. Kalau taska yang betul-betul ikut peraturan, mereka tak segan silu tunjukkan sijil pengasuh mereka, lesen taska pun mereka pamerkan. Kawan saya adalah seorang pengusaha taska di Bangi, siap framekan lagi lesen supaya ibu bapa dapat terang2 tengok.

Ni ada Taska yang tak beri ibu bapa masuk Taska? Biar betul…macam mana saya berkeyakinan nak hantar anak ke Taska sebegini. Betul tak?

Sekiranya ada pengusaha taska yang membaca entry saya, boleh lebih tunjuk ajar. Terima kasih sangat-sangat. Pengalaman ibu-ibu lain juga sangat membantu.

>

>

Salam Sayang,

Mama Iman.
>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Bagaimana mencari taska untuk anak anda pixel

You may also like...

11 Responses

  1. mamajong says:

    salam..
    sy xde experience antar anak kat taska,
    tp sejak ngandung anak ke2 ni terdetik plak nk antar salah sowang (sama ada abg atau adik) ke taska,
    ape yg sy titik beratkan sama mcm idea awak..kena ade lesen taskan dan yg penting persekitaran dan tahap kebersihan taska itu sendiri…
    mmg susah nk puaskan hati kite para ibu ni..kite mesti nk yg terbaik utk anak, tp tu la…x semua taska memuaskan ati di sekitar BTHO ni..edeh~~

  2. ummu amir says:

    sy buat bnd yg sm mcm puan buat..sy pun 1st time mom..sgt takut nak antar ank ke taska/penjaga..rmai juga org cdngkan hntar ke penjaga sbb nnt ank kite dpt spnuh perhatian tp sbb sy tak brape knal org di kwasan sy ddk ni jd sy rs lbih baik hntar taska sbb diaorg terikat dgn undang2 dan di pantau krajaan(spatutnye la;)..so among the things yg sy buat ialah..
    1.go tru website utk cr taska yg bedaftar..
    2.pusing2 area rumah and masuk,tgk, check stiap taska yg di jumpai..tgk facilities yg ada dan kebersihan..antara perkara yg sy tnya:
    – berdaftar tak & tgk sijil2..
    – brapa org bayi?
    – brapa org penjaga?
    – biasa handle susu ibu tak?
    – yuran?OT?
    – aktiviti harian?
    dlm ms yg sm tgk sm ade guru2nye frenly ke tak
    3. tnya kwn2 yg berpengalaman..

    trus terang sy tak la 100% puas ht dgn taska ank sy skrng tp sy tak rs sy boleh jumpe taska yg akn jg ank sy mcm sy jg..
    apepun, sy rs puan kene bersedia dgn bbrp perkara cthnye:- 1.sprt sy ckp kt tak leh expect penjaga akn jg ank kt mcm kt jg..
    2.Ank puan mungkin akn lbih kerap sakit brbanding sblun ke taska sbb nature di taska yg rmai knak2 & bayi mnybbkan ank mudah berjangkit penyakit dgn yg lain..ank sy br 2 minggu di taska bjangkit selseme..slepas baik selseme bjangkit penyakit kaki tgn dan mulut pule..bile sy tny kwn2 yg menghantar ank ke taska smuanye mmbritahu perkara yg sm..ank2 di taska mmg prone to get sick…

    hrp perkongsian ini mmbntu puan dan iman;)

    • Mama Iman says:

      wah…terima kasih sgt2..sgt membantu…tuh la,.kene sedia utk die sakit laa..hurmm…risaunya..huhuh..mmg, 100% x capai expectation..kalo sini ok, sinun lobang..xde yg perfect..nway, TQ ye! =)

  3. Diana says:

    Sy pun da hantar ank sulung sy berumur 3thn kat taska 4 bln lalu, sblm ni bg adk ipar jaga tp sy x confident sbb ank bole keluar suka hati g kedai beli jajan ngan sepupu dia berumur 7-5 thn kat kedai bwh, rumah adik ipar umh flat je.. sgt risau.. kdg2 balik pandai sebut benda2 x elok ikut perangai sepupu dia jugak.. huhu.. nekad antar kat Taska Al-Khautsar area Taipan, selangor. Pengusaha taska tu ustazah, mmg cari kat website xde jmpe taska ni berdaftar ke x tp nmpk mcm ok.. alhamdulillah buat masa ni. Sblm ni xde tanya taska ni berdaftar ke x, ingat lepas ni nak tanya.. biasa klu kita mintak taska jadual harian ank atau aktiviti spt time mkn n tido dia bg x?

    • Mama Iman says:

      biasanya taska berdaftar die mmg ada timetable tu…at least as their guide..mslhnya ada gak taska kecik yang berdaftar ade timetable tu..cume diorg x implement pon…so, nak tau die implement ke x, buat ikut timetable ke x, kita as a parent sesekali kene terjah tgk mcm mane…mcm taska yg saya nak hantar ni,, mmg da ok, cume masih ade x puas hati..yela, mcm mane pon mmg ade yg kite x berkenan..saya leh masuk mcm tu je sbb pintu pagar utama x kunci..rupanya pintu dalam pon x kunci rupanya..leh colik sorg2 budak2 tgh tido kat situ (kebetulan waktu rehat..semua tdo)..so, mmg sy nak jumpe ownernya sblm saya betul2 mahu hantar anak ke situ..

      so, sesekali terjah taska anak anda..dtg tgh hri tbe2 ke…=)

  4. Diana says:

    ha’ah kan… pasni nak terjah jap la time lunch. taska dekat je ngan opis. alhamdulillah taska ni walaupun dia x kunci pintu pagar depan (mgkn x kunci time pagi n petang sbb masa tu masa hantar dan jemput anak, x sure sbb x pernah terjah waktu tengahari lg) tp pintu umh dia mmg kunci sentiasa, cuma masa hantar n jemput anak baru dia bukak kunci. emm… klu x kunci tu mmg risau la jugak la mama iman… ape2 pun kita sbg parent kena byk berhati-hati

  5. Cik Bintang says:

    hehe..byk kebimbangan parent ni yer..xper, sbgai pngusaha mmg kena alert bnda2 yg parent risau ni..so bleh la implement ke taska saya..so far bg saya as pengusaha saya pentingkn keselamatan, kunci for sure and pengasuh saya memang khas for teacher baby, teacher 1+ smpai 2thn, 2+ smpai 4thn and 4+ sehingga 6thn. pengasuh ni da di ajar tahap pkembangan kanak-kanak so senang pantau perkembangan dorg. n pkembangan ni akan dicatat setiap hari for parenting guide…so parent pn akan laporkan keadaan anak setiap pg before hntar anak dlm satu buku khs dan terima semula ptg utk baca laporan dr pengasuh pula. timetable smua ada also the menu.

    parent actually boleh msk tgk but sometimes if ade pngusaha yg xbg tu sbb alert, ade kes org pnyamar parent tp actually mncuri barang. tu sbb ade pngusaha xbg msk sbnarnya. bkn takat mcuri, takot kes mnculik pn ade, sbb pengasuh leka layan budak lain..so harap maaf if ade parent terase ye..mgkin sbb dorg xterangkan kot knape.. 😀

  6. myrule says:

    Last week i cari taska. Call JKM Shah Alam. Sadly hanya ader satu jek taska berdaftar kat area umah i ni. Then shortlist.. 2 taska. 1 dalam proses daftar and satu memang berdaftar. KAlau nak bandingkan kedua2 ni, hubby and i prefer yang dalam proses berdaftar tu.

    Kenapa? sebab owner tu sgt baik melayan kami. Tanya apa saje dia jawab sebaik mungkin. Minta tunjuk timetable, dia bagi. Minta menu list pun dia bagi. Bagi tgk sampai tingkat atas. CUMA..tetiba masa nak isi form tu, ader satu helai form yang suruh kitaorg sign if anything berlaku (kecederaan, kemalangan, kematian..etc) kitaorg x boleh amik tindakan mahkamah or tuntut ganti rugi. Terus reject!

    Then gi kat taska berdaftar ni. MInta list menu.. TAKDER. Minta timetable..TAkder. Bila i cakap pasal EBM, dia macam pelik anak i dah setahun masih menyusu badan (tapi dia amik EBM). And masa cakap pasal EBM tu..dia tetiba cakap x suka org dtg tgk taska dia and dia x mengalu2kan parents yang cerewet and tidak confident ngan taska dia.

    I dah down dah masa tu. Sebab i rasa i ada hak untuk tgk nad tanya apa yang i perlu tahu.

    At the end..i pilih taska berdaftar tu sebab takder option. I dapat masuk and tgk taska tu (x semua bhagian) pagi masa register jek.

  7. Mama Iman says:

    alamak..ye ke. alhamdulillah, sy anak sy berdaftar, x lokek nk tgk setiap penjuru taska..dan tiada pula surat sebegetu..ms sy survey, mmg ade taska bg surat mcm tu, sy terus reject. iman satu2nya toddler yg nk masuk 2 tahun msh minum ebm..alhamdulillah, mmg die ikut semua. cume tang mkn tu kongsi2, itu je yg x puas hati..tp mls nk cerewet sgt.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.