Baby Finger Food


Finger food amat sesuai buat bayi 8-12 bulan. Memberi bayi finger food memang cabaran. Kalau notis, saya tak sempat langsung nak cerita pasal finger food ni. Kenapa? Hurm..sebabnya saya terpaksa berperang dengan Cik Iman. Mana sempat nak snap bagai. Aduhai la..Cuma apa yang saya praktikkan adalah dari jenis buah-buahan. Mula-mula konon nak buat la jugak lobak kukus. Memang buat pun. End up die tak nak makan. Tapi bila saya suapkan dalam mulut, ok je pulak dia makan. So, kira kurang berjaya sikitlah sayuran sebagai finger food Cik Iman. So, sayur saya utamakan sebagai makanan di dalam bubur Iman yang mana perlu disuap. Lain pula dengan buah. Iman memang suka makan buah – macam Mamanya. Huehueheuh.

>

{focus_keyword} Baby Finger Food  P1030795 >Lobak dan brokoli yang distimkan. Untuk lobak, Iman suka jek pegang, tapi gigit sikit-sikit. Macam tak berkenan sangat. End up saya patah-patahkan sendiri masukkan dalam mulut dia. Telan jek. 2 batang selamat dimakan. Kene selalu cuba baru biasa. Penuh dugaan dan kesabaran. At least dia makan. Ok la jugak. Heheh. Brokoli? Erm, tak sedap rupanya buat stim macam ni. So, alih-alih masuk dalam bubur juga. Ngaahaha.

>

>

Maka, lebih mudah guna buah lah! =p
Buah-buahan pilihan hati saya (menjadi pilihan hati saya sebab saya yang suka..ngahahaah) adalah, pisang, betik, mangga, tembikai susu, dan buah naga!! Kemudian, memcecah umur setahun, CIk Iman suka benar dengan nenas. Untuk hisap-hisap oklah, sebab serat nenas besar-besar.

Saya potong dadu kecil-kecil semuanya. Saiz optimum yang sesuai ialah kurang dari 1 cm. Dan pastikan kesemua finger food ini lembut dan mudah dihancurkan oleh gusi ye. Maaf, memang takde gambar.  cari-cari mana entah menghilang gambar dadu2 buah tu. Letih sikit la beri finger food ni (sebab baby tak duduk diam dek tiada kerusi bayi – hehe). Sebab memang bergelut habis dengan Cik Iman. Mana taknya, suruh masuk mulut, dicampaknya ke kanan ke kiri. Tu tak masuk kalau dia lari sana sini. Maklumlah, duduk menumpang. Tak nak saya sepah-sepahkan rumah nenek2nya. Hihhiihih. Tak pasti berapa biji dadu kecil tu yang masuk mulut. Huhuhu.. Tapi alhamdulillah, dia memang makan semuanya. Cuma leceh menyediakan finger food ni ialah, kene potong-potong on time die nak makan. Tak boleh nak segerakan macam solid food cube dia tu. So, end up weekends je yang boleh buat macam tu.

Yang saya paling tak tahan ialah bila beri dia buah mangga, najisnya nanti punyelah kuning!! Menyala-nyala warnanya. Dah tu esoknya pula saya hidangkan pula buah naga yang isi merah tu. Sudahnya pula merah lah juga warna najisnya! Dengan biji2 buah naga yang kelihatan. Oh, berpinar mata, kata nenek dan atok2nya. Hahahhaa.

Oklah, mari kita tengok tips memberi anak makan finger food.

1. Sediakan tempat duduk bayi yang selesa. Kalau boleh biar bayi fokus pada makanan tu untuk dibuat main. Tutup TV atau cartoon, sebab ia mengganggu konsentrasi bayi. Kalau takde seat baby @ bumboo seat tu, buat bayi yang sudah pandai duduk sendiri, bentang plastik alas meja. Pastikan ianya cukup bersih, sbb nanti bayi anda jatuhkan makanan, kemudian dia kutip balik masuk mulut. Hihihi. (Ni kes Cik Iman la ni – sebab dia tidak punya kerusi makan bayi – ngahahaha). Tapi kalau anak dah start berlari, siap2 dengan mop la ye.

2. Kenalkan makanan satu persatu. Kalau katakan hari Isnin hidangkan buah mangga, try juga buah mangga untuk Selasa juga. Pelan-pelan, supaya bayi dapat menikmatinya dan rasa seronok. Tabahkan hati anda juga sekiranya bayi anda menabur di sana sini seperti ingin menyemai padi ok. Huhuhu. Bila dah rasi, atau bayi dah nampak boring, tukar buah dengan warna lain pula. Kadang kala bayi tertarik dengan apa yang kita makan. So, tak salah kita kunyah dulu depan mata dia. Buat mimik muka yang seronok ok. Tentu dia rasa nak cuba jugak. Best tau!

3. Bila rasa macam dah serasi, bolehlah tukar ke buah lain pula ye. Perlu diingat buah-buahan citrus seperti strawberi, anggur, oren, nenas hanya boleh diberi bila bayi sudah berumur setahun, kerana semuanya berasid kan?. Kalau katakan bayi memilih, jangan putus asa. Lainkali cuba lagi. Lepas seminggu dua, cuba beri lagi.

4. Jangan pula terlebih beri makan finger food pada bayi. Ini boleh menyebabkan bayi kenyang dan reject pula makanan utamanya iaitu bubur. Hihi. Cukup sekadar 5, 6 ketul2 kecil untuk sekali makan (yang masuk dalam mulut mungkin 1 @ 2, its ok). Alah, kita makan buah pun bukan melantak tembikar sebiji kan. 2,3 kiub kecil tembikai mungkin bersamaan dengan sepotong tembikar buat kita.

5. Yang pastinya, sentiasa awasi bayi anda bermain-main dengan makanannya.

{focus_keyword} Baby Finger Food  P1030516a

{focus_keyword} Baby Finger Food  P1030524aMenikmati kismis sambil tengok TV. Aktiviti selepas menikmati adalah aktiviti sepahkan rumah nenek dan atok2nya dengan kismis tersebut.

>

>

Selamat mencuba ye kawan2.

>

>

Salam Sayang

Mama Iman

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Baby Finger Food  pixel

You may also like...

8 Responses

  1. Lynd2310 says:

    Thanx for this info.
    Sangat berguna. Sy dok sibuk pikir nak beli biskut or snack apa yang sesuai untuk Kaseh. Terlupa plak pasal vege and fruits. Terima Kasih. Sgt2 menghargai.

  2. dayana says:

    Ok erk kalau bagi kismis? sbb saya takut tercekik.. sbb tu tak brani bagi.. huuhuh

    • Mama Iman says:

      anak berapa bulan? kalao katekan takut, kite tolong kunyahkan dulu, bru bagi die..hahaha..kalo x geli la…sbb anak saya x geli bila maknya tolong kunyahkan..hahahaha…bila mcm dah yakin, boleh jek bg..pastikan kismis tu jenis lembut..sbb ade kismis yg keras..=)

  3. farihan says:

    thnx for the info,bagus jugak finger food buah n vege ni, anak akak suka makan buah jer…sayur2 kureng sket..tak tau dah nak ajar cam mana,especially anak no 2,yang sulung favourite dia tomato,carrot yang lain tolak terus,kalo buah,segala jenis buah kecuali durian…hahahaha

    • Mama Iman says:

      oh ho…iman pun belum tentu lg ni..takut kecik jek suka..kang besar bila dah pandai memilih, x tau nak handle mcm mane..hihihii

  4. famie says:

    mama iman, baby mia saya dh 11 bulan lebih dh d 4batang gigi…bole suggest makanan yg sesuai sebab sekarang mama mia just bg solid food nasi yg di blander halus bersama kismis, lobak marah, apple merah, kacang pis, pear, kentang..selalu tukar2 la untuk pg dan mlm, tghari bg sneak mcm biskut n nestum…so rase mmg kene tukar yg bole bg mia gigit tp risau tercekik pulak..plzzzzz. sebab tgh runsing nak bg mia makan yang lain pulak nie.. :(

  5. Alene says:

    Hai mama Iman, very interesting website! If posibble u show the technique on cooking for baby’s food in video…he he he at least lg best!

    Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.