Anak liat bangun Subuh?

Salam. Sekolah sudah bermula. Macam mana kekalutan mengejutkan anak ke sekolah setelah sekian lama anak membuta sampai ke tengah hari? Hehe. Cabaran sungguh kan? Saya pernah dengar teori yang menyatakan bahawa bila mana seorang ibu itu adalah surirumah, anak-anak seringkali dilihat sebagai anak yang liat bangun pagi. Ops, bukan saya yang cakap. Ade sesetengah pendapat yang menyatakan begitu. Bezanya dengan ibu yang bekerja ialah, mereka seakan “terpaksa” mengejutkan anak-anak bangun pagi-pagi sebab keperluan untuk pergi kerja. Jadi, mereka banyak “mengeraskan hati” @ tidak berlembut dengan anak-anak supaya anak-anak bangun pagi.

Ibu bekerja tiada perasaan seperti, “Alahai…kesian nak kejutkan pagi2″. Sedangkan sebelah malamnya anaknya itu bukannya study pun, tapi cuma bermain game sehingga lewat malam. Ahak.

Ibu bekerja juga kalau boleh tentulah tak mahu mengamuk-ngamuk sakan pagi-pagi buta bila anak yang dikejut susah gila nak bangun menguruskan diri. Huh, hilang mood nak pergi kerja. Bad mood lah sepanjang hari jawabnya.

Teringat zaman saya kecil2 dahulu. Sekolah rendah, pukul 430 @ 500 mak sudah bangun pagi untuk buat sarapan. Pukul 530 pagi kami dah dikejutkan untuk mandi segala. Pukul 630 sarapan pagi yang mak sediakan. Mak sendiri akan siapkan diri sendiri sebelum menyiapkan diri kami. Bila kami menganjak sekolah menengah, mak paksa kami bangun pukul 5 pagi!! Huaaa!

 >

1. Contoh yang baik

Huh, nak anak bangun pagi, kita kenalah jadi contoh terbaik dahulu. Ni kalau si ayah @ si mak sendiri yang liat-liat bangun, tapi tepuk2 anak kat sebelah suruh bangun pagi, tapi diri sendiri masih terbaring pejam mata, ada anak tu nak ikut? Hah, dalam hati diorg “Eleh, mak pon malas2 tak aktif pagi, nak pulak suruh saya bangun pagi2 buta”. Haa, si bapak pun sama lah. Takkan pula anak bangun dulu sebelum bapa kan? So, kalaulah katakan dalam keluarga tu si isteri adalah “jam loceng” si suami, kenalah si isteri kejutkan suami tu dahulu, dan pastikan suami dah bersiap & segar bugar, sebelum kejutkan si anak. Rasionalnya ialah, nak jadikan contoh kat anak yang ayahnya rajin bangun pagi. “Oh, ayah dah siap2″ Fikir si anak. Ni kalau ayah bangun serentak dengan anak, “Eleh, ayah pun susah bangun”. Haha, tentu kita tak nak anak fikir gitu kan? Macam mana nak jadi contoh yang baik.

>

 2. Aktiviti pagi

Pagi-pagi kenalah isikan masa anak tu dengan aktivity yang menggembirakan. Yelah, kalau dah bangun awal-awal, sekali bangun dan bersiap, jam baru pukul 615 pagi. Tak ke bengkek je rasanya bebudak ni. “Alah..awal sangat lagi. Nak buat apa lagi, tidur lagi baik”. Haa, tak ke nada frust tu? So, ayah2 kenalah ajak mereka2 ni solat Subuh dahulu secara berjemaah. Haa, takdelah tertinggal Subuh ye tak? Ibu-ibu pulak, sarapan pagi kenalah dah sedia. So, anak happy je nak makan sarapan pagi. Maklumlah sepanjang tidur malam kan kira dah puasa. Sarapan memang jangan skip ya. Dengan itu, anak ke sekolah happy je perut dah terisi. Alah, tak perlulah sarapan fancy2 sangat. Setakat leftover dinner semalam pon orait what. Oter la sikit2 kasi mengancam. Tambah buah2 sikit ke. Susu ke, yogurt ke.

>

3. Aktiviti malam

Haa, bab aktiviti malam, ibu bapalah ada kuasa sepenuhnya. Elakkan pengaruh-pengaruh luar yang memaksa anak-anak tidur lewat. Nanti pagi mengamuk2 tak cukup tidur, ibu bapa juga yang susah. Bukan orang lain yang susah. So, kawal anak sendiri sepenuhnya. Jadual waktu mereka sepatutnya orang lain tak boleh kacau. Jangan disalahkan anak yang main game sahaja, atau tonton TV sahaja. Sebab siapa yang benarkan mereka main game @ tonton TV sampai lewat malam? Anda juga kan?

 >

{focus_keyword} Anak liat bangun Subuh?  P1060902bSarapan pagi sebelum ke school.

>

Eh, Iman masih kecik. Takkan lah dah apply semua yang kat atas tu? Haha. Tak semua. Tapi sebahagian tu adalah dah praktikkan sikit2. Ada orang tanya, gamak saya mandikan Iman pagi-pagi buta? Hehe. Gamak!! Sebab saya nak maksimumkan masa bersamanya. Sekurang2nya, pagi2 saya akan membelek2 badan Iman. Yelah, pas balik taska, boleh cek2 kot2 ade lebam sana sini. Ahak. Saya tidaklah mandikan air sejuk sangat-sangat pun. Saya akan hangatkan sikit air. Kalau tiada pemanas air, saya akan rebus air mandian buat Iman. Iman bangun ke? Haha. Kadang-kadang saya cuma perlu panggil nama Iman, dia akan bangun dan siap sebut “Hai” lagi. Haaa, tu maknanya memang puas sangat tidur la tu. Kalau tak berapa nak cukup tidur tu, memang dia tak bangun dengan sekadar panggilan. Saya gotong je ke bilik air. Buka segala2nya, dan terus jirus air. Bunyi macam kejam kan? Hehe. Iman akan terus bangun, dan saya terus berus giginya. Lepas berus gigi je, memang Iman akan segar bugar.

Siap mandi, Iman dah tahu rutinnya. Saya pakaikan tuala, dan Iman akan terus meluru ke arah Ayah Iman untuk dipakaikan baju dan disuapkan sarapan. Itulah rutin pagi-pagi Iman. Iman akan jadi sangat aktif pagi. Maklumlah, perut dah terisi. InsyaAllah, saya akan cuba praktikkan semua di atas supaya Iman tak malas bangun pagi dan yang paling penting, tak tinggal Subuh~! InsyaAllah.

Kalau boleh bangun pagi untuk ke sekolah, kenapa tak boleh bangun pagi untuk Subuh? Ops, jangan salahkan anak konon anak liat bangun pagi. Salahkan diri macam mana kita didik anak kita. Sama-samalah kita beri yang terbaik buat anak kita. Cuma terkadang yang terbaik untuk anak orang lain, tak semestinya terbaik untuk kita.

Wallahua’lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Anak liat bangun Subuh?  pixel

You may also like...

1 Response

  1. gap says:

    salam mama iman.

    sanagt menarik entry ni. saya mohon izin share di blog saya ya.

    terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.