Aku Capai Aku Kaya – Titik Permulaan

IbuCergas.com adalah sebuah blog yang dah krik.. krik.. krik.. krik.. si cengkrik menggesek biola di kaki. Dalam kata lain dah segan-segan nak muncul. Tapi sekali-sekala nak juga buat penampilan khas. Jika alasan itu perkara baik, nescaya 1001 alasan pun tak kan cukup untuk disenaraikan. Dan sememangnya alasan itu bukan perkara baik, tetap juga nak beralasan walaupun SATU. Ye satu pun jadilah andainya alasan itu dapat menutup sedikit kelemahan yang banyak.

Selaku tulang belakang kepada empunya blog ni, aku lebih suka kekal misteri (lah konon) sebab sifat tulang belakang itu menyorok di belakang. Namun aku telah sampai ke satu tahap yang aku tak mahu lagi berada di belakang mahupun jadi tulang belakang. Kerana sifat menyorok itu telah bertukar menjadi sifat perut yang di depan yang memberi beban kerana diberi beban. Maka jika ditukar terbalikkan tetap sama iaitu  menerima beban dan memberi beban. Sama ada beban itu perkara baik atau tidak, diri sendiri yang tentukan apa yang diberi.

Sebenarnya bermula kisah kesuraman blog IbuCergas.com ni adalah kerana si ‘ibu cergas’ buat kedua kalinya selepas gila dengan buat kek telah menggilakan diri pula dengan SHAKLEE.. ye ni kuat-kuat aku jerit SHAAKKKKKKLEEEEEEE!! macam kat sidebar tengah bahagian atas tu la.. cube klik kalau tak caye.  Dia punya penangan tahap fenomena AF zaman Mawi tuh. Sampai tahap kalau korang tengah jalan-jalan jumpa mak yang tengah dukung atau pimpin anak dan tanya, “saya nak daftar Shaklee dengan awak boleh tak?” dan peluang untuk dapat jawapan  “tunggu jap tunggu jap saya nak pegi ambil borang pendaftaran SID dalam kereta” boleh kata peratus yang kalau paper exam tu kira markah ‘A’ lah. Betapa gabannya fenomena Shaklee.

Sekian lama aku hanya menjadi mastermind dan tulang belakang yang sebenarnya tak lebih dari sekadar beri idea cara teknik tips trik tanpa melaksanakan bersama kerana aku fikir ‘itu bisnes dia, aku bisnes aku’. Fikiran yang sebenarnya tak membantu sangat perkembangan perjalanan Shaklee si Ibu Cergas ™ dan tulang belakang hanya sekadar tulang belakang yang hanya bersifat statik berlainan dengan perut yang bergantung dengan apa yang dimasukkan akan memberi kesan yang berbeza-beza.

Kehadiran aku menjadi pelakon utama dalam pementasan seumur hidup “Aku, isteri dan … shaklee” sememangnya memberi impak yang besar dan perbezaan ketara. Pencapaian yang Ibu Cergas dan aku capai kali ini adalah bersama dan memahami erti berjemaah satu keluarga bukan sekadar solat tapi juga bekerja dan berniaga. Ia satu bentuk kemanisan yang wujud dari suka, duka, perit, jerih, sedih, pedih, penat, lelah yang juga banyak  terhasil dari kisah suka duka kawan-kawan Shaklee lain yang serupa drama tapi sangat terkesan dalam hati sendiri. Ala.. macam kalau korang tengok drama kesah orang lain lepas tu ikut sama meleleh dengan heroin drama lepas itu emo sorang-sorang pulak.

Ini baru bab permulaan kisah ni. Semua orang ada matlamat masing-masing melalui jalan yang ditentukan sendiri dan inilah jalan kami. Apa yang kami nak capai insyaAllah akan di gapai. Jalan kami itu dinamakan jalan i reach and i rich’ atau dalam melayunya ‘aku capai dan aku kaya’ . Apa ada pada nama jalan ni? Ada huruf yang dicantum-cantum jadi satu ayat yang ada makna. Makna yang ditetapkan pada hati dan minda dan jadi pula matlamat. Matlamat yang sedia dikongsi dengan sesiapa sahaja untuk digapai dan dicapai objektif yang sama biarpun corak jalan yang subjektif. Kayakah aku nanti? Bila dah capai matlamat bukan sekadar nak seret harta je. Banyak cabang kaya dalam kehidupan yang nak di capai. Banyak pengalaman boleh dipanggil kaya pengalaman. Banyak amalan pun boleh cakap kaya amalan. Jalan ‘i reach and i rich’ bakal memberikan banyak definisi kaya yang kita boleh dan harus capai.

Sehingga bertemu ke penulisan seterusnya…

Ayah Iman & Hannan

019-305 4700

 

ireach.my {focus_keyword} Aku Capai Aku Kaya - Titik Permulaan ireah n i rich1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Aku Capai Aku Kaya - Titik Permulaan pixel

Ayah Iman

Suami kepada pemilik blog ini dan ayah yg budiman kepada Husnul Iman. Tugas utama adalah memberi technical support utk blog IbuCergas.com dan juga bakal menjadi penyumbang post di dalam blog ini. Post saya akan lebih ke arah dunia perniagaan online dan juga marketing.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.