Aksi Ayah dan Iman – Part 2

Assalam semua.

Selamat berpagi hari. Hari ini, masuk hari ke-4 kami di rumah baru. Alhamdulillah. Tapinya Iman macam terasa kehilangan sesuatu. Asyik menangis sahaja sepanjang 3 malam ini. Tidur pun awal. Di taska, Iman asyik tidur sahaja. Lepas makan, tidur, makan lagi, tidur. Letih kemas barang kat rumah baru la kot. Malam tadi kami singgah ke rumah Atok Ibunya. Dekat je pun, seksyen sebelah menyebelah sahaja. Hehe. Sedih sangat tengok Iman. Punyalah happy dan bergelak sakan terkekek2 di rumah atoknya sambil dilayan Pak Cu Hazeeqnya. Sedangkan dah 3 hari kami sepi tanpa gelak tawa Iman. Iman merengek sahaja. Nampak sangat Iman kerinduan dan kesunyian (Boleh x nak jadikan alasan Iman mahu adik? – heheh). Atok Ibu pun bertalu2 memeluk dan mencium Iman dek kerinduan. Memang cukup terasa, baik dari tingkah laku Iman sendiri, kami boleh baca yang Iman is missing something.

Pagi ini, dapat mesej dari Nenek di Meru. Siap pesan jangan hantar Iman ke taska esok (Jumaat). Nenek nak tidur rumah kami, dan jaga Iman. Kasihan Nenek. Iman langsung tak ingat nenek yang jaga Iman selama ni selang seminggu. Kerana sepanjang 3 minggu lepas, kami di Shah Alam sibuk mengemas dan menguruskan hal-hal berkaitan rumah. Jadi, kami terpaksa korbankan waktu Iman dengan nenek di Meru. Esok, nenek akan gomol-gomol Iman, supaya Iman ingat balik pada nenek. Hihi. Saya cakap, TV belum ada, Astro belum pasang. Nenek kata takpe, nenek nak godek-godek Iman aje. Kelakar je dengar nenek kate nak godek-godek tu. Hihi.

Masuk tajuk entri yang sebenarnya =p

Setiap pagi, kami bertiga travel dari Shah Alam ke Cyberjaya, dan menghantar Iman di taska berhampiran Cyberjaya. Setiap pagi, saya memangku Iman. Dan setiap petang, saya duduk di bahagian belakang penumpang sambil mengepam (sesi ke 3), sorok-sorok, sembunyi2 tak bercakap sepatah pun manakala Iman diletak dalam car seatnya di bahagian co-pilot di depan. Hihi. Kalau tak buat begitu, alamat miss la sesi mengepam yang ke 3 untuk bekalan Iman ke taska esoknya. Kadang2 Iman macam perasan saya di belakang dan mula menangis. Kami biarkan sahaja, dan Iman senyap kembali. Hihi. Nak dijadikan cerita, Ayah Iman kata nak pangku Iman pula pagi ni, dan menyuruh saya drive. Selalunya Iman suka lagi Ayah pangku, sebab di atas pangkuan ayah, Iman lebih jelas untuk melihat pemandangan di hadapan. Maklumlah, bila di pangkuan Mama Iman, dek kerana ke’pendek’an dan ke’rendah’an diri Mama Iman, Iman terpaksa mendongak-dongak. Sian. Hihi. Malangnya pagi ini, Iman resah gelisah serba tak kena. Duduk tak boleh, berdiri tak boleh di pangkuan Ayah. Punyalah Ayah berusaha dudukkan Iman elok-elok. Tiba-tiba di tempat Iman duduk, baju Ayah Iman bertukar warna menjadi kuning…..dan bau mula menerawang. Waaaaaaaaa…..Iman mentahikan ayah!! Terus saya memecut ke stesen minyak berdekatan utk bersihkan apa-apa yang patut. Ayah Iman apa lagi, macam mandi dibuatnya membersihkan baju dan seluarnya.

Tatkala jam makin mendekati waktu punch in, anak buat projek. Reaksi kita? Marah? Geram? Sepatutnya kita harus bersyukur. Syukur kerana anak ini berak. Syukur najisnya juga sihat. Positive sahajalah. Kerana berapa ramai ibu-bapa yang kerisauan dek keranan anak yang sembelit bahkan buang air besar beserta darah sebab sembelit.

>

>

Cer positive cer positive =)

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Aksi Ayah dan Iman - Part 2 pixel

You may also like...

3 Responses

  1. mami aysha says:

    hihihihi…siannye..hari tu pon ada skali ayah aysha dukung aysha time kenduri aysha buat projek baeeek punye…habis baju ayah bau taikk!!! mujur rumah sedara bolehlaa pinjam baju spare..hahahahaa…

    p/s: mmg patut positif. akak suka aysha berak sbb lepas tu dia tido nyenyak sgt..hihii

  2. Farah says:

    nak tanya taska berhampiran Cyberjaya tu taska apa? Sy pun nak hantar nak ke taska tu sebab sy keje cyberjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.