Menghitung Hari

Tik tak tik tak..masa berlalu, detik berganti…tinggal beberapa hari sahaja lagi saya akan menghuni rumah kami yang kecil comel lote itu. Heheh..alhamdulillah, walaupun kecil, tapi duit kami sepenuhnya. Syukur alhamdulillah. Cukuplah untuk kami bila mana anak-anak masih kecil ini. Cukuplah untuk kami applykan disiplin di dalam rumah kami. Cukuplah untuk kami mula mengajar anak-anak kami sembahyang, belajar bangun awal pagi untuk solat Subuh bersama-sama. Cukuplah untuk menjadi tempat kami berteduh, menyediakan homemade food penuh kasih sayang buat anak-anak2.

Angan-angan saya, mahu menyediakan satu set buku menu bergambar sendiri (nak buat cantik2) yang mana kesemuanya adalah masakan saya, di mana anak @ suami tinggal tunjuk jek nak makan apa. Hehehe.

Angan-angan saya, mahu mempunyai dapur yang well organize, siap ade label bagai untuk setiap container, dengan bekas2 yang menarik hati, dan kemas. (obviously Tupperware..ngahahhaha)

Angan-angan saya, mahu lebih berdisiplin dengan waktu pendidikan anak-anak di rumah. Formal dan informal.

Angan-angan saya, macam-macam ada……

>

Sebelum capai angan-angan tu, saya mahu imbas kembali kenangan kami.

Kami berpindah dari Shah Alam ke Meru, Meru ke Shah Alam setiap hari Sabtu. Tinggal di Meru seminggu, kemudian minggu depannya seminggu di Shah Alam. Pelik kenapa kami usung banyak sangat. Tinggalkan je la @ belilah dua set. Cakap senang, nampak mudah. Tapi hakikatnya, kami berpindah randah dalam keadaan yang letih. Bukan satu dua beg kami usung ke sana ke mari. Mari kita tengok.

>

{focus_keyword} Menghitung Hari P1040001a

>

  1. Beg Laptop Ayah Iman – Laptop ni beg keje juga. Jadi, kenalah usung ke sana sini. Takkan nak tinggal. Takkan boleh tinggal pun sebab semua kerja dalam tu. Nak sediakan dua biji? Haduih..takkan la kot kan.
  2. Bag Jalan-jalan Iman – Beg ni isi diapers, Ring Sling, biskut Iman, krim2 berkenaan, minyak angin, baju Iman kalau pergi jalan2.
  3. Beg Baju – Ni beg utama kami. Dari Lingerie, stoking, kerongsang2, barang-barang peribadi yang tak boleh nak ditinggal pon. Alah, korang kalau pergi bercuti 2 hari pon rasa macam nak bawak seluruh closet bersama kan? Jangan tipu korang tak buat. Hehhee.
  4. Diaper Iman – Dulu kami pernah sediakan 2 set. Satu bungkus si Meru, satu bungkus di Shah Alam. End up terlebih banyak sebab kami lupa mengambil kira yang saiz punggung Iman juga membesar seiring dengan umur beliau. Ngahaahaa. Kan dah membazir tu. So, kami usung la ke sana ke mari. Dah habis, baru la beli lain. Mana tau arini masih saiz L, tiba-tiba esok saiz XL. Haru je.
  5. Medela – Pump kesayangan. Hah, takkan nak sediakan 2 set kot. Tokei balak pon bangkrup.
  6. Warmer + Sterelizer + Plastic Sealer – Ini pon item yang kena usung sana sini. Nak beli 2 set, nanti dah pindah sendiri, mane nak sumbat. Dalam tu mesti sediakan semua botol2 storage Medela. Sebab botol2 lain tak boleh fit dengan comelnye bersama breast shield Medela pun.
  7. Bag Laptop Mama Iman – Haa..semua harta berharga ada dalam ni. Semua kerja, semua .. semua ..semua ada dalam ni. Tiap-tiap hari kena bawak balik opis, bawak balik rumah. So, beg wajib yg diusung lah kan.
  8. Cooler bag – Ni wajib dibawa ke opis setiap hari. Kalau tak, nak simpan susu diperah kat mana? Dalam tu icepack, 4,5 ketul. Nak beli banyak2, masalahnya gaji tak banyak. So, usunglah juga.
  9. Beg tangan Mama Iman – Pergi kerja, haruslah ada beg tangan. Nak simpan purse, note book etc2.
  10. Bakul Baju Iman – Semua baju-baju si kecik tu ada dalam ni. Semua! Nama pun budak. Sehari mana cukup 2, 3 pasang. Yang paling malas kalau ada seluar tercicir di Meru, bajunya pula di Shah Alam. Geram je rasa tau. So, kami ambil keputusan, angkut semua!
  11. Car seat Iman – Kadang2 nenek2nya mahu bawak Iman jalan-jalan. Jadi, haruslah sediakan car seat ini supaya keselamatan anak kita dalam kereta yang dipandu nenek2nya selamat. Mahu 2 biji?? Adeh.

>

Ok? Bukan setakat satu dua beg dah selesai untuk komitment ini. Ada juga item-item yang saya sediakan di kedua-dua rumah. Contohnya, botol2 milk storage Iman, bekas-bekas solid food Iman, mainan2 Iman, krim2 Iman, toiletries kami, towel, baju2 rumah, dan baju2 kerja. etc.

Sayu rasanya bila kenang balik kenangan berkemas2 tiap minggu ni. Akhirnya, setelah 2 tahun lebih, kami tak perlu lagi berpindah randah. Mama, Ibu, Abah, thanks for all the hospitality. Doakan kami menjalani hidup kami sendiri dengan dedikasi dan berdikari dan disiplin. Terima kasih atas dorongan dan kasih sayang selama ini. InsyaAllah, kami akan kerap melawat kalian.

Sob…sob..

Alah, tak jauh pun..

5 minit jek dari rumah..

Hahaha…

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Menghitung Hari pixel

You may also like...

3 Responses

  1. Diana says:

    Nanti kongsi2 la ye bila angan2 tu da berjaya di gapai… gud luck!!

    • Mama Iman says:

      InsyaAllah akan kongsi…
      yg penting bab solat tu..inagt nk ikut wardina safiyyah cara die didik anak die solat…hihihhi…

  2. Lid R says:

    Tahniah… bukan mudah kita nak membina hidup.. tunggu juga nak pindah rumah sendiri… angan2 sebelum ni terkubur krn setelah 30 percent duit dikeluarkan (pinjaman kerajaan) projek rumah terbengkalai… tengah proses nak pohon loan untuk rumah baru… doakan dipermudah..!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.