Rutin Hari Bekerja Mama Iman

Di kala umur Iman setahun, syukur, masih lagi fully BF. Marilah saya cerita rutin harian saya sejak umur Iman 9 bulan hingga kini (setahun ++). Sebab, sebelum-sebelum itu jadual pengepaman saya lebih kerap. Tetapi memandangkan Iman dan fully solid food (3 kali hidangan bubur sehari), sesi pengepaman juga dikurangkan.

Setiap pagi, saya akan bangun jam 530 pagi untuk memasak sarapan buat keluarga yang ditinggalkan, bubur buat iman, dan juga buat kami suami isteri yang berangkat ke tempat kerja.

>

Soalan 1: Bayi tak bangun minta susu ke masa memasak?

Jawapan, saya setkan jam pukul 5 pagi, kejutkan Iman dan susukan dia sambil saya tertidur kembali hingga jam 530 pagi, alarm berbunyi buat kali ke 2. (Tentulah kena applykan subconscious mind di sini). Alhamdulillah memang tak pernah miss buat sarapan Iman di hari bekerja. Terlajak bangun macam mana pun, bubur Iman wajib disediakan. Kadang-kala saya memasak makanan yang boleh tahan sampai ke petang supaya petang tidaklah perlu memasak lagi. Ok, selepas siap memasak dan hidang untuk sarapan, saya memasukkan kesemua icepack dan botol-botol simpanan EBM yang kosong dan bersih ke dalam cooler bag. 6 botol kesemuanya.

Biasanya saya masuk ke bilik kembali jam 630 pagi utk solat Subuh dan mandi bersiap (termasuk gosok baju dengan kelam kabutnya – kadang2 :mrgreen: {focus_keyword} Rutin Hari Bekerja Mama Iman icon mrgreen). Iman juga bangun Subuh..eh..tak, saya kejutkan bangun mandi. Hihi. Saya latih begitu semenjak saya masuk ke kerja lagi. Dia pun dah biasa, jadi, saya cuma perlu switch on lampu bilik, panggil nama je, mulalah Iman geliat2 badan, kuis-kuis mata, dan bangun. Ni kira praktis anak Subuh jugak la ni. Hoho. Semoga Iman mudah bangun Subuh bila dewasa kelak. Amin. Selesai Iman mandi dah wangi dan comel, dia mula main2, walaupun saya tahu dia lapar sementara saya bersiap. Yelah, last makan pukul 5 pagi tadi. Kadang-kala Iman dah tak tahan lapar, saya suakan juga susu, lebih kurang 10 minit, sebelum saya sambung balik bersiap ke tempat kerja.

>

Soalan 2: Kenapa saya mandikan anak awal sangat? Kan dia bayi lagi?

Em, jawapan buat saya ialah, kami ibu bapa bekerja. Saya mahu maksimumkan masa bersama anak anak. Kenapa saya bekerja itu adalah soalan subjektif ye. Jangan pula jugde ibu bekerja adalah ibu yang tak baik untuk keluarga. Bila saya mandikan anak saya, sepanjang mandi saya sembang dengan dia. Kadang-kala Ayah Iman yang mandikan. Meskipun masa kami terhad, kami harap dapat berikan masa yang berkualiti buat Iman & adik2nya nanti. InsyaAllah. Dengan itu, pagi-pagi anak itu sudah segar bugar, sembang rancak, main rancak, dan kami bersarapan sama. Saya sendiri akan menyuapkan Iman bubur nasinya (saya akan pastikan perutnya kenyang dahulu). Lepas Iman kenyang, barulah saya pula bersarapan. Ini bermakna kami meninggalkan dia untuk bekerja dalam keadaan Anak ceria, Mama pun Ceria samadan Perut Iman kenyang hati semua orang pun senang. Hihi.

Dulu saya juga pernah tinggalkan Iman untuk bekerja dalam keadaan dia bangun tidur, mamai dan mengantuk. Mood swing, merengek tak menentu. Tak best rasanya nak pergi kerja. Pernah juga tinggalkan Iman masa dia tak bangun tidur lagi. Lagilah tak best rasanya. Sebab bila dia bangun tidur, dia tak nampak kami berdua. Saya rasa saya tergugat kedudukan sebagai ibunya (boleh tak rasa begitu? Hihi). Satu lagi, bila saya suapkan dia sarapan, saya cuba untuk luangkan sedikit masa, (mungkin tak sehebat kualiti masa ibu-ibu yang SAHM). Sungguh saya kalau boleh mahu jaga sendiri anak saya. Tapi, what to expect. Siapa nak bayar pinjaman pendidikan. Duduk di lembah Klang kalau mengharap gaji suami sahaja, tentu perit. Alhamdulillah, masih punya kerja. Hihi. (Positive2).

Sebelum ke tempat kerja, kadang-kadang adalah drama tangis menangis Cik Iman mahu ikut sama. Hihi. Susu perahan diberi untuk memujuk Cik Iman. Kadang kala rilek je Cik Iman melambai tangan kepada kami di pintu pagar rumah. Hehe. Biasanya Iman akan tertidur kembali lebih kurang jam 9 pagi.

Jam 750 pagi, saya dan suami berangkat ke tempat kerja. Setiap hari saya membawa 3 beg. Cooler bag, hand bag besar (sebab letak pump) dan segala barang peribadi, bag laptop, dan juga bekalanan makanan yang saya masak pagi tadi.  Kene tegur kawan2 baik lelaki atau perempuan sebab beg banyak, biasa~!! Jawab jek, “Biasala la, nama pun emak”. Senyum simpul2.

Sebelum bertolak pergi, saya memasang kesemua handsfree kit gadjet pengepaman saya. Termasuklah nursing cover untuk mengepam ketika memandu. Saya buat double pumping. Alhamdulillah kerete pula memang auto, so takde lah susah. Kalau kereta manual, saya tak sarankan anda pump sambil memandu ye. Lepas dah set up semua gadjet, barulah saya bertolak ke tempat kerja. Sambil memandu, saya cuma jeling-jeling manja ke arah pump dan botol susu perahan. Saya tahu insyaAllah takkan bocor sebab pagi-pagi biasanya saya perolehi maksium 10 – 12 oz, yang mana betul2 muat dalam 2 botol tu.

Perjalanan yang jauh dari Shah Alam ke Cyberjaya (40 minit @ 90 km/jam) sangatlah membazir sekiranya saya biarkan begitu sahaja. Cukup masa itu untuk 1 sesi pengepaman. Sampai di pejabat, saya tanggal kesemua handsfree pumping tu, masukkan semula botol berisi susu ke dalam cooler bag, dan 830pagi, saya punch in.

Kerja punya kerja sampailah pukul 1 ptg waktu rehat. Saya makan bekalan saya di depan computer di cubicle sendiri, sambil pump untuk sesi kedua, sambil main facebook. Eh, memanglah. Nama pun rehat kan? Heheh. 30 @ 40 minit, Alhamdulillah 7-8oz diperolehi. Kemudian, sembahyang Zuhur, dan pukul 2 kembali bekerja.

>

Soalan: Kera sumbang? Tak makan dengan kawan-kawan?

Agak kera sumbangla jugak. Hehe. Kalau boss ada, ye, saya makan di cubicle pada waktu rehat. Sebab nak kejar waktu pump, dengan nak kejar waktu sembahyang. Yelah, kang lepas rehat nak kena masuk Lab la, nak kene deal itu ini la, so tiada masa yang banyak. Lainlah kalau boss tiada, ada lah sikit masa bersosial bersama rakan-rakan sekerja. Jadual tu tak lah jadi pack sgt. Oh, kalau boss tiada, saya juga pump extra session di cubicle. Hehe. Tu kira bonus la. Leh dapat 4 sesi pump. So, extra stimulation lah kiranya. Walaupun susu yang keluar mungkin sedikit, tapi stimulation time itu kira bonus. Eh, sambil pump saya kerja tau. KPI achieved tau. Hihi.

Jam 530ptg, sebelum drive pulang, saya akan pasang gadjet pengepaman juga. Sesi terakhir pump sebelum berjumpa anak. Cukup minimum 3 kali sesi pengepaman (sewaktu ke tempat kerja, waktu rehat, dan pulang dari kerja). Petang itu, saya tergedik-gedik pulang ke rumah dengan membawa makanan buat anak, insyaAllah 20 – 24oz.

Sampai di rumah lebih kurang jam 630 petang, lepak2 kejap, gomol2 Iman, golek2, dan susukan dia sebab dia mesti kejar punyalah candu ni. Walaupun tadi macam breast dah kosong pump dalam kereta, susukan juga untuk extra stimulation dan pengosongan yang effective. Kemudian, saya tunggu support Ayah Iman untuk masukkan susu-susu dalam fridge bawah, dan semua icepack ke dalam freezer. Support dari suami itu penting. Yelah, dah jimatkan duit beli FM dah ni. Hihi. Botol-botol kegunaan Iman siang tadi pula, Ayah Iman juga yang tolong basuhkan. Saya cuma tinggal steril dan keringkan botol untuk kegunaan esok hari. Alhamdulillah. Syukur dia ringan tulang.

Ok, saya tadi ada susu segar perahan sepanjang hari sebanyak 24 oz. Dan saya tahu Iman minum sehari dalam 16 – 20 oz sahaja. Jadinya, saya letakkan kesemuanya ke fridge bawah. Kini Iman hanya minum susu segar. Susu perahan EBM hanyalah untuk stok buat kecemasan, dan untuk diberikan kepada adik susuan Iman, Adam Ashraff. Maaf ye Adam, kalau boleh mahu saja mama berikan susu segar. Tapi susah nak handle nanti. Lagipun kita duduk berjauhan sayang. (mode sedih).

Andai kata Iman cuma minum 16 oz, susu perahan yang baki saya akan bekukan dan masukkan ke freezer. Saya tak pernah letakkan susu segar di fridge lebih dari 2 hari. Setiap hari saya akan masukkan lebihan susu semalamnya ke freezer. Iman kini hanya minum susu segar, dan sepanjang malam hanya direct feeding.

Sebelah malam, paling lewat saya tidur pukul 12 tgh malam. Dan saya akan pastikan saya mengambil kesemua vitamin yang saya perlukan. Kalsium, vitamin B complex, vitamin C, alfafa dan vita-lea. Sekiranya saya miss mengambil vitamin2 ini, sudah pasti susu keesokan harinya akan cair dan tidak berkrim.

>

>

Nota Kaki: Catatan ini untuk Kak Zaharah dan ibu-ibu lain yang ingin mengetahu rutin seorg ibu bekerja dan masih menyusukan. Diari ini bukan untuk menunjuk yang saya ibu terbaik. Saya belum pernah dan tidak akan menjadi ibu terbaik. Saya juga seperti ibu-ibu di luar saya yang cuba sedaya upaya berikan yang terbaik buat bayi saya. Tiada yang berhak tuding jari di depan muka saya menyatakan saya ibu yang tidak baik. Dan tiada siapa juga berhak berbuat begitu kepada anda.

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Rutin Hari Bekerja Mama Iman pixel

You may also like...

7 Responses

  1. Diana says:

    hi, suke baca blog awk.. sbg ibu kita nak yg terbaik utk anak kan… pandai awk arrange masa.. cube nak jadi macam awk…

    • Mama Iman says:

      eh eh…sya belum layak dijadikan idola…langsung belum..huhuhu..masih belajar dan terus belajar..satgi bulan 6 pindah rumah sendiri, harap boleh jadi lebih disiplin..hihih!

  2. mamajong says:

    Ya Allah…sejak bertemu dgn blog awak ni, sy mmg teruja dan lg bersungguh2 utk breastfeed anak ke2 nnt…
    al mklumlam, anak pertama hanya bertahan 8bulan je fully BF..
    TQ mama Iman=) tq so much for such a gud info…=)

    • Mama Iman says:

      8 bulan ok sgt2 dah tu…x pe..usah banding kite dgn org lain..kalau kita dah sehabis usaha =) insyaAllah Allah permudahkan nnti. blog saya sekadar kenangan buat anak kelak…alhamdulillah sekiranya membantu. byk blog lain yg lebih inspiring ..hihi

  3. aida says:

    salam..sy kagum awk sgt bertenaga dlm mnguruskn rumahtangga..ape rahsia susu awk byk ye?awk ni sgt mngagumkn..thanks utkinfo yg awk share..sy pon rse bersemngat nk susukn ank kedua yg bru 5 hri ni smpai sehabis sy mampu..

  4. cplud miera says:

    salam perkenalan. syukur sy jumpe blog awak. mmg masih mencari rutin harian yg terbaik utk ibu bekerja n menyusukan ni. time kasih share ur experience..

  5. Noemea says:

    Yay! How fun! I LOVE hosting evnets too and family evnets plus a Holiday even better. Hmmm, I’m not one to post recipes and I’m not sure I even would have a ‘wow’ Thanksgiving entry at that. But I am looking forward to seeing what you round up here on your site! How fun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.