6 Perkara Perlu Buat Bila Kucing Jiran Berak Rumah Kita

Luahan Pencinta Kucing – ini caranya bila mana kucing jiran membuang “harta karun” di rumah kita. Dan tindakan kita bila kucing kita berak rumah jiran.

Alkisahnya begini, saya sukakan kucing. Bahkan saya membesar dengan kucing. hatta saya di universiti dulu pon, bila terlalu stress, saya akan carik kucing dan bagi makan, serta minta kucing-kucing doakan saya. Heheheh. Dan saya lebih sukakan stray cats. Maksud saya, saya lebih membela kucing-kucing biasa.

Kehadiran Gemok

11880603_10153156161873261_8509457001054665881_n {focus_keyword} 6 Perkara Perlu Buat Bila Kucing Jiran Berak Rumah Kita 11880603 10153156161873261 8509457001054665881 n

Perkenalkan, ini Gemok. Saya kutip di taska anak saya. Asalnya kurus kering berkeliaran. Pengasuh taska kata kucing ni kelaparan sering meminta makanan. Melihat keadaan dia, saya nekad ambil bawa ke rumah. Di rumah ada 1 lagi ekor kucing bersama 3 anak kucing beliau. Saya sediakan basic need mereka ni.

  • Pasir kucing mereka, saya bersihkan setiap hari – 2 kali sehari minimum.
  • Makan mereka juga ok
  • Divaksin dan dineuter

Saya tinggal di perumahan biasa, dan sangat paham kawasan perumahan memang terhad sangat tanah untuk kucing-kucing kampung ni buang air besar. Disebabkan kucing saya ni ada pasir mereka, saya tak risau. Tapi terkadang nampak juga mereka membuang di tanah lapang depan rumah saya. Depan rumah saya bukanlah rumah orang, sebaliknya adalah tanah kebun yang sangat besar dan ada sungai di sebaliknya. Jadi bagi saya tiada masalah untuk kucing saya berak di situ. Tanah PKNS kaan. Kihkihkih.

Maklumlah kucing liar, kucing jalanan. Tengah main-main kat luar, sampai seru nak berak, diorang berak la kan. Haha. Bukan tiada pasir di rumah saya. 3, 4 bekas saya sediakan. Kucing saya ni pula keluar masuk rumah. Dikurung juga, tapi selalu terlepas keluar, especially bila anak kecik saya main pintu lupa tutup.

<

Musim Hujan Datang 

Gemok mula buat hal. Memberaki rumah jiran (T____T). Apasal laaa tak berak di rumah sendiri. Sikit punya banyak pasir mak ko sediakan ha. Bukan seketol, tapi berketol-ketol. Akhirnya jiran wassap, barulah saya tahu accident ini. Barulah perasan, kenapa Gemok tidak berak di rumah. Tidak lagi di pasir beliau. Mengapa? Kerana ibu kucing dalam rumah saya mula marahkan kehadiran beliau dan protect anak-anaknya. Sampaikan bekas najis Gemok pon habis dijelajahnya (sedangkan Ibu Kucing tu ada bekas sendiri di tempat lain). Patutlah.. saya ingat itu najis Gemok. Rupanya milik si ibu kucing. No wonder la Gemok berak rumah jiran (T____T).

<

Apa Tindakan Saya?

Opkos la kena bertanggungjawab. Kucing ko weei, dah nekad jadi ahli keluarga kan. So saya buat semua ini:

  1. Kenalah minta maaf dengan jiran kaw-kaw punya. Dan cuba berusaha untuk elakkan kejadian berlaku lagi. Jangan ego sangat. Tak salah meminta maaf.
  2. Kaji kenapa jadi macam tu, kenapa sebelum ni tak jadi macam tu. Kaji punca adalah bagus untuk elakkan accident berlaku lagi.
  3. Beli 3 lagi bekas najis kucing – 2 untuk letak lagi di luar rumah. Jadi bila ada hujan lebat, harapnya kucing terkandas ada tempat pembuangan
  4. Asingkan teritori kucing yang ada. Supaya mereka tak bergaduh.
  5. Beli pewangi lavender, cuka, Basic H Shaklee, pewangi serai dan basuh overhaul rumah jiran. Mintalah lah izin basuhkan, kucing kita kan. Basuh bersih punya bersih bersih tau. Saya basuh dengan Basic H dulu, kemudian letak cuka, dan biarkan 5 minit dan last sekali lavender. Bilas.
  6. Kurung kucing jangan bagi keluar langsung – meskipon ia sangat buat muka kesian nak keluar
  7. Bila bawa kucing keluar,  pantau pergerakan. Tak boleh biarkan di luar tanpa dikawal. Spend masa di luar bersama-sama.

<

Apa Tindakan Jiran, Jika Kucing Orang Lain Berak Rumah Kita?

Hehe ini panduan utk jiran pulak. Marah memang marah, tapi marah tak selesaikan masalah. Mujur jiran saya baik hati sangat. Rupanya saya tak tau accident ni berlaku dah 2 minggu sejak musim hujan. Allah… sungguh saya tak tahu. Betapa beliau bersabar membasuhnya. Betapa beliau sangat runsing memikirnya. Maafkan saya. Jadi, sekiranya jiran anda ada kucing dan kucing tersebut memberaki rumah anda, berikut adalah saranan saya:

  1. Terus telepon @ wassap jiran yang ada kucing, cakap masalah anda. Mungkin takperlu marah. (walaupon memang dipahami tentulah sangat marah kan). Sebab marah akan jadikan conversation jadi tak rasional.
  2. Bila cakap baik-baik, dan kebetulan jiran pemilik kucing tu orangnya bukan jenis marah-marah dan merupakan jenis bertanggungjawab, insyaAllah mereka akan sangat bekerjasama.
  3. kalau sempat tangkat gambar kucing yang buat onar tu, lebih baik. Sebab itu bahan bukti. Bukan tak ada pemilik kucing yang taknak mengaku. Ada belaka.
  4. Jangan berdiam diri sebab ia akan memakan diri. Marah-marah sendiri pon tak selesaikan masalah sebab owner kucing tu mungkin memang tak tahu. Heheheheh.
  5. Jangan putuskan silaturrahim dengan jiran, lagi-lagi jika jiran anda baik orangnya.
  6. Tapi, andai jumpe jiran seperti hantu, ego semacam, cengil pulak. Sumpahlah dia jadi kaya. Sebab apa, sebab kalau dia jadi kaya, sure nanti die bali rumah jauh lagi besar, dan pindah rumah. Wahahahahahha. Aman jadinya. Takpon, bila dia jadi kaya, nanti dia neuter semua kucing di kawasan kejiranan, dan insyaAllah populasi kucing di perumahan anda akan berkurang. Anda pon dapat pahala banyak sebab doa tu. So sumpah lah mereka jadi kaya naaa.

 

Jiran, terima kasih awak. Saya sangat berterima kasih awak beritahu.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} 6 Perkara Perlu Buat Bila Kucing Jiran Berak Rumah Kita pixel

You may also like...

2 Responses

  1. wanie says:

    Hahaha. Rumahku pon pernah diberaki hari2 ntah bpe lme x igt. Mak la dok cuci hari2. Mmh hangen leerr… Da ckp dgn tuan pye kucen, tp die dok sengeh2 jerk… Sabor jer lerrr….

  2. Farha says:

    apa lagi, sumpah la dia.. hahahaha
    Farha recently posted…Kita Makan Banyak Plastik Berbahaya!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.