5 Sebab Utama Kenapa Susu Ibu Lebih Baik

Penyusuan susu ibu boleh jadi sangat mencabar. Walaupun ianya adalah suatu proses semulajadi, ia tidak menjadikan penyusuan susu ibu itu mudah. Ok, zaman dahulu, zaman ibu dan nenek kita, semua bayi disusukan sendiri. Tak dinafikan banyak ibu-ibu muda yang tiada pengalaman mendapati bahawa proses penyusuan itu sebenarnya sukar dan kadangkala jika tidak kuat, ianya sangat mengecewakan. Tetapi, sekiranya kita kuat, dan kita sentiasa berfikiran positif, InsyaAllah, kita akan dapati yang kita sebenarnya pilih yang benar-benar terbaik buat anak kita, meskipun banyak yang ibu-ibu terpaksa korbankan. Mari kita lihat, ingatkan kembali mengapa setiap usaha kita menyusukan anak kita itu sangat-sangat berbaloi.

1. Membina Sistem Imuniti Bayi.
Saya bukanlah mahu mengkondem susu-susu di pasaran, tetapi sudah menjadi fakta dan hakikat yang sebenarnya susu formula tidak dapat memberi antibodi yang diperlukan untuk bayi anda kekal sihat terutamanya dalam bulan-bulan pertama kehidupan bayi anda. Sehinggalah bayi anda berumur 3 bulan, tubuh badan bayi anda sebenarnya tidak mampu membina sendiri antibodi untuk tubuh. Malah, untuk bulan-bulan seterusnya, hanya kombinasi nutrient yang menakjubkan yang terdapat di dalam susu ibu mampu untuk menguatkan lagi system immuniti badan bayi. Ini bermakna, kuranglah jangkitan  selsema, demam dan penyakit-penyakit lain yang bukan sahaja sengsarakan bayi anda, malah anda juga (yelah, tak tidur malam jaga bayi sakit). Eh, bukan juga bermakna kalau minum susu ibu tak jatuh sakit langsung. Yang dimaksudkan ialah penyakit-penyakit jangkitan tu lebih mudah untuk reda dan tidak lah seteruk mana sebab badan bayi mampu untuk melawan balik. Kebaikan susu ibu memang diakui, jika tidak, masakan di setiap sisi tin susu formula bayi ada pernyataan “Susu Ibu adalah Susu Terbaik untuk Bayi”, kan? kan?

2. Melindungi kesihatan bayi di masa hadapan.
Penyusuan susu ibu boleh dikaitkan dengan pengurangan risiko kesihatan di kemudian hari nanti. Bayi yang disusukan oleh susu ibu adalah kurang menghadapi risiko untuk menjadi obes, atau KEGEMUKAN (hah…sekarang tahu dah antara punca banyak budak gemuk sekarang okeh). Bukan itu sahaja, bayi yang disusukan susu ibu kurang risiko untuk lelah, allergi atau alahan, dan masalah-masalah pernafasan lain tau. Since Iman pernah ada jangkitan paru-paru dan jangkitan dalam darah pada awal-awal kelahirannya, Mama Iman nekad untuk menjadi Hardcore Breastfeeder. Hoho.

3. Menyiapkan bayi anda dengan segala nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.
Hei, susu ibu bukan sahaja sumber makanan untuk bayi, malah ia adalah sumber makanan yang sempurna (oh indahnya ciptaan Allah kan?). Malah setiap wanita, setiap ibu menghasilkan susu ibu yang sememangnya direkacipta khas untuk keperluan bayi masing-masing. “Aset” dua biji kat dada tu bukan sekadar hiasan okeh. Ianya memang direka untuk memberi makan pada bayi anda. Heee. Sumber nutrisi yang seimbang dan juga komposisi susu ibu yang sentiasa berubah-ubah mengikut masa dan cuaca sentiasa mengikut keperluan bayi anda. Yelah, cuaca panas, susu ibu yang dihasilkan adalah lebih cair, untuk hilangkan dahaga, cuaca sejuk, susu lebih pekat untuk menghasilkan tenaga. Ajaib bukan? Boleh ke susu formula buat semua tu? Hoho..tidak. Susu formula adalah constant, tidak berubah, fixed, tetap :D.

4. Melindungi Kesihatan Anda

Terdapat kajian juga yang menunjukkan bahawa penyusuan susu ibu bukan sahaja bermanfaat untuk bayi, malah ibu-ibu yang menyusukan juga mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghidap kanser payudara dan kanser ovari. Hebat tu. Fakta yang paling disukai oleh golongan ibu-ibu ialah, penyusuan susu ibu dapat mengurangkan berat badan lebih banyak dari ibu-ibu yang tidak menyusukan. Yeay!! Malah boleh mengekalkan berat badan tidak cepat naik. Ehem, lepas beranak saya masih gemuk, 62kg. Sekarang anak 9 bulan, saya berat 56kg, dan boleh pakai seluar zaman anak dara mase tahun pertama di universiti. Waaaaahh. Saya suka! Okey, memanglah kajian dulu mendapati bahawa kandungan kalsium tubuh badan ibu akan berkurang dengan penyusuan susu ibu ni. Saya juga minum Anlene concentrate setiap hari, dan makan pil kalsium setiap hari. Tetapi, ada kajian terbaru yang menyatakan bahawa ibu yang menyusukan sebenarnya menguatkan lagi tulang dalam tubuh, dan mengurangkan risiko osteoporosis di kemudian hari. Tak percaya? Boleh rujuk pada link di bawah ini.

  1. http://www.breastfeeding.com/all_about/all_about_osteoporosis.htm
  2. http://womenshealth.about.com/cs/breastfeeding/a/breastfeedingbe_2.htm
  3. http://www.medwire-news.md/45/90239/ObGyn/Breastfeeding_reduces_risk_for_postmenopausal_osteoporosis.html
  4. http://www.askdrsears.com/html/2/t020700.asp

Dan banyak lagi.

5. Dapat mengawal perbelanjaan bulanan anda
Ada cek tak harga susu formula di pasaran sekarang? Mahal wei! Dan harganya sentiasa meningkat. Banyak kan kes pencurian susu bayi. Alahai, kenapalah tak menysukan sendiri. Tak pelu bazir banyak-banyak duit. Percaya tak, muntah bayi susu formula meninggalkan kesan kotoran yang susah tanggal, berbanding muntah bayi yang sepenuhnya menyusu susu ibu. Jimat duit sabun cuci baju. Hehe.

Kesimpulannya, bila masa kita rasa yang menyusukan susu ibu itu susah, fikirkan kembali, tarik nafas dalam-dalam, mengapa saya susukan bayi saya. Anda sebenarnya membuat tindakan paling bijak, bukan sahaja untuk bayi anda, malah untuk diri anda juga. Mungkin anda tidak dapat melihat kesan signifikasinya sekarang. Mungkin tahun-tahun mendatang, anda akan lihat, dan bersyukur, betapa penyusuan susu ibu telah banyak member manfaat kepada anda, buat seumur hidup anda, dan anak anda. Percayalah :).

Salam sayang,

Mama Iman

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} 5 Sebab Utama Kenapa Susu Ibu Lebih Baik pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.