4 Cara Hilangkan Parut Jerawat Secara Semulajadi

Kali lepas kita dah bincang cara kecutkan jerawat batu secara semulajadi. Kali ni kita nak cerita pulak, macam mana nak hilangkan parut jerawat secara semulajadi juga. Tentulah yang penting kita nak buat secara semulajadi, tanpa sebarang bahan kimia yang boleh memudaratkan buah pinggang, hati dan kulit.

Ingat, memang ada banyak sangat produk di pasaran yang menjanjikan kesan cepat dan instant, tapi sebenarnya sangat berbahaya. Boleh cek produk pemutihan kulit berbahaya yang ditarik balik oleh BPFK di link ini.

4 Cara Hilangkan Parut Jerawat Secara Semulajadi {focus_keyword} 4 Cara Hilangkan Parut Jerawat Secara Semulajadi acne 2Bscar 2Bspecialists 2B8

<

Mencegah Parut Jerawat Lebih Baik dari Merawat Parutnya

Berbalik pada cara nak hilangkan parut jerawat tadi, apa pon yang penting adalah, elakkan dulu dari terjadinya parut jerawat. Dengan erti kata lain, bila ada jerawat tumbuh, biarkan ia pulih secara sendiri. Jangan dok pepandai nak picit! Kadang-kadang kita fikir dengan picit tu kita sangka yang kita dah keluarkan bakteria dari dalam jerawat. Padahal, kita jadikan luka lebih dalam dan boleh sebabkan lagi banyak infection boleh masuk, sebab kita bukak luka luaran.

>

Jangan Picit Jerawat!

Lagi satu, dengan picit keluar jerawat tu, bukan sahaja kita keluarkan bakteria tu ke bahagian luar kulit, malah sebenarnya terpicit sekali bakteris tu masuk ke dalam salur darah dalam kulit kita. Sebab tu kalau perasan, biasanya jerawat ni dok berlegar kat tempat yang sama jek tak surut-surut. Sebab tindakan kita picit tu la jadikan gitu.

Parut jerawat sebenarnya boleh baik dalam masa 5 hingga 7 hari, tapi bila picit jerawat, ia jadi lambat nak baik sehingga berminggu-minggu dan lebih teruk, ada parut jerawat yang takkan hilang sampai bila-bila.

<

Macam Mana Nak Pulihkan Parut Jerawat?

Pertama sekali, pastikan kita dah tak ada lagi jerawat atau jerawat batu yang masih aktif. Kalau masih ada, kena buat rawatan hilangkan jerawat dahulu. Barulah boleh start dengann parut jerawat pulak. Kalau tak, asyik ada je yang tumbuh, sampai ke sudah parut takkan hilang.

>

Bahan Semulajadi Untuk Menghilangkan Parut Jerawat

Semulajadi bermaksud menggunakan bahan-bahan yang datang dari alam, dan digabungkan untuk membentuk compound yang mudah dimakan. Sebab itulah produk Shaklee adalah dikategorikan sebagai natural atau semulajadi. Kat link berikut saya ada terangkan bagaimana Shaklee boleh dikatakan sebagai Vitamin Semulajadi.

4 Cara Hilangkan Parut Jerawat Secara Semulajadi

1. Mengambil Vitamin C

Vitamin C sangat memainkan peranan yang penting untuk memperbaiki sel kulit, termasuklah memulihkan parut jerawat. Vitamin C adalah vitamin yang larut air. Ini menjadikan Vitamin C sangatlah rapuh dan fragile dan mudah rosak dan tidak disimpan dalam badan. Jika ambil lebih pada waktu tertentu, Vitamin C yang lebih akan dibuang melalui air kencing. Jadi amat perlu memakan Vitamin C dengan sangat cukup dan berperingkat peringkat, lebih-lebih lagi kalau memang kita berniat nak pulihkan banyak sel dalam badan kita ni. Malah, Vitamin C sangat membantu dalam pembentukan kolagen dalam kulit dan salur darah. Kalau kita tak cukup Vitamin C, kolagen dalam kulit kita ni boleh cepat kendur dan kurang elastic. Ini lagi lah menjadikan parut jerawat lagi susah nak sembuh. Vitamin C juga merupakan antioksidan. Ia melindungi sel kulit dari radikal bebas (bahan yang merosakkan sel). Jadi, kalau banyak antioksidan, lagi bagus untuk kulit kita, dan kulit lebih terlindung dari sebarang benda yang boleh merosakkan, termasuklah bakteria.

2. Mengambil Vitamin E

Vitamin E adalah antara vitamin asas yang penting untuk penghasilan sel kulit baru dan sel kulit yang sihat. Vitamin E juga sangat membantu memulihkan parut jerawat, merawat tisu sel yang rosak, melembabkan kulit, dan mengurangkan radang atau bengkak pada kulit. Vitamin E, dalam bentuk alpha tocopherol boleh membantu menjadikan kulit lembut, mengurangkan garis halus dan juga kedutan di kulit.

3. Menambah Zinc Dalam Diet

Zinc bukan sahaja sangat membantu menghilangkan parut jerawat. Malah zinc juga menghalang petumbuhan jerawat baru. Mereka yang mempunyai kandungan zinc yang rendah dalam tubuh juga lebih mudah untuk tumbuh jerawat berbanding mereka yang cukup zinc. Zinc membantu mengurangkan minyak sebum yang dihasilkan kulit. Minyak berlebihan inilah yang menjadikan jerawat terbentuk. Zinc juga mempercepatkan lagi proses penyembuhan kulit sehingga 43%, mengurangkan pembengkakan dan juga menghalang pertumbuhan bakteria.

4. Meningkatkan Protein Intake

Protein adalah komposisi asid amino, iaitu bahan asas yang membentuk sel-sel dalam tubuh, termasuklah kulit. Badan kita memerlukan protein yang sangat mencukupi untuk membina tisu-tisu baru terutamanya collagen. Collagen ni terbentuk dari gabungan protein dan Vitamin C. Dalam proses penyembuhan luka termasuklah parur jerawat, kita memerlukan 2 atau 3 hidangan yang kaya dengan protein. kalau kita tak cukup protein, proses penyembuhan akan lambat sebab protein juga digunakan untuk menghasilkan tenaga badan.

acne-scar-img {focus_keyword} 4 Cara Hilangkan Parut Jerawat Secara Semulajadi acne scar img

 <

Kesimpulannya, makanlah makanan yang sihat dan semulajadi. Sebab untuk merawat luka dan parut jerawat dari dalam sel, badan kita perlu bekerja keras dari dalam. Kurangkan makanan yang kaya dengan gula (refined sugar), karbohidrat ringkas, makanan segera dan makanan yang diproses. Gantikan makanan yang kaya dengan serat, dan karbohidrat kompleks. Barulah tubuh kita akan lebih mudah merawat sel-sel yang tidak sihat.

<

Kenapa Kena Rawat Parut Jerawat Secepat Mungkin?

Sebab, kalau dibiarkan lama-lama, lagilah parut tu takkan pulih sebaiknya. Lebih-lebih lagi pada parut jerawat batu yang dalam-dalam kesannya macam gambar di atas ni. Takut-takut kalau pakai mekap tebal-tebal pon dah tak mampu lagi nak penuhkan bahagian parut yang dalam-dalam tu. Tu tak termasuk lagi dengan ruang pori yang besar-besar dan boleh perangkanp habuk, kotoran dan bakteria. Itu yang menjadikan blackheade jadi semakin banyak dan semakin susah nak buang tu. Jadi, fikir-fikirkanlah kenapa perlu sangat rawat parut jerawat secepat mungkin.

>

SET JERAWAT BATU – MERAWAT JERAWAT SECARA BERKESAN
<

Ok, baiklah, ada tak pembaca yang parut jerawatnya tak pernah surut? Boleh tak kongsikan apa yang pembaca dah pernah pakai dan cuba yang terbukti boleh membantu menghilangkan parut jerawat? Sudi share? Atau nak cuba jom produk semulajadi yang betul-betul selamat untuk kulit? Contact saya 013-3355598 (Farha).

Jom komen di bawah.

 <

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} 4 Cara Hilangkan Parut Jerawat Secara Semulajadi pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.