30th day, 3rd years with Iman 2 years 1 month

 >

>

>

{focus_keyword} 30th day, 3rd years with Iman 2 years 1 month IMG 1202

Husnul Iman (Indahnya Iman), kini 2 tahun 1 bulan. Susu beku semakin sedikit. Seringkali diganti dengan susu segar dalam kotak. Hehehehehee. Mujur mahu susu kotak tu. Tapi di rumah, jangan harap. Masih mahu yang original. Kalau beri susu dalam botol, Iman akan cakap “Tak nak susu!!”..tanpa pelat. Hurm… pandai memilih. Deep freezer kini diisi dengan lauk2 pauk dan bahan2 kek. Muahauahuaahu.

{focus_keyword} 30th day, 3rd years with Iman 2 years 1 month IMG 1203

Iman, 2 tahun 1 bulan. Cukup memilih dalam memakai baju. Kalau baju yang dia tak berkenan, suka jerit2 cakap “Bukak! Mama, bukak! Minnie mouse”! Sambil mengarahkan mamanya carik baju Minnie Mouse die. Sampaikan baju lengan panjang selaur panjang malam pun sanggup Iman nak pakai siang2 panas2 buta. Adeh… Bukan tak de baju Minnie Mouse blouse pendek, tapi yang Minnie berkenan di pandangan matanya cuma yang baju malam tu. Tau ke yang mana ori yang mana tak ori? Huh, gambar di atas tu kalaulah perasan, Garfield tu dah siap bertahi lalat, tapi tetap pakai ke kenduri. Bukan takde baju cantik2 (yang atok belikan…huehueheeheeu),dah itu yang dia berkenan. Nak buat cenggane. Alahailah anak.

{focus_keyword} 30th day, 3rd years with Iman 2 years 1 month IMG 1207

Yang ni Iman spontan mahu kiss. Saya biasanya kiss pipi Iman sahaja. Geli rasanya kiss bibir. Heheh. Setiap hari pasti Iman akan kata “Sayang Mama”, sambil peluk mamanya. Kadangkala Iman tak mahu dengar kata, jadi mamanya nangis. Iman terus kata, “Da..da..mama, da.. da..” (gaya memujuk) sambil tepok2 mamanya. Iman applikasikan juga pada nenek, tokbu, atok abah, dan hazeeq. Pada Ayahnya ..tak jalan. Heheh.

 

{focus_keyword} 30th day, 3rd years with Iman 2 years 1 month IMG 1213

Iman juga masih belum ada progress dari segi allergiknya. Bila orang hulur makanan, terpaksa saya tolak. Harapa tiada sesiapa kecil hati ya. Tentu saya jelaskan juga, tetapi ada yang tak tahu. Hehehe. Harap dimaafkan. Iman masih sangat aktif, bila-bila masa, di mana-mana. Sesiapa yang nampak Iman, sure kate “Seminit pun tak duduk diam ye” (^__^!)

{focus_keyword} 30th day, 3rd years with Iman 2 years 1 month IMG 1206

15 hb April 2004 – officially having long-distance-relationship – Johor & Penang
30 hb April 2009 – officially husband & wife
30 hb March 2010 – officially a parents

Ayah Iman, esok dah 30 hb~!! Alhamdulillah, 3 tahun sudah pernikahan kami. 2 tahun 1 bulan sudah anak kami. Gambar Ayah takde, sebab Ayah Iman kurang suka bergambar. Mahu tunggu kurus agaknya baru mahu bergambar. Hehe. Semoga jodoh kita berkekalan hingga ke akhirnya. Ameen.

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} 30th day, 3rd years with Iman 2 years 1 month pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.