3 Masalah Penyusuan Susu Ibu Paling Utama Yang Ibu Baru Risau

Masalah Penyusuan Susu Ibu {focus_keyword} 3 Masalah Penyusuan Susu Ibu Paling Utama Yang Ibu Baru Risau calm a crying newborn baby to sleep at nightSharing is caring. Saya banyak dihubungi ibu-ibu muda yang biasanya baru pertama kali ada anak dan selalu nakkan supplement atau vitamin ibu menyusu kerana ada masalah penyusuan susu ibu. Tapi saya akan pastikan bertanya dahulu apa punca awal yang menjadikan ibu tu berasa tak cukup susu.

Menjadi ibu, terutamanya untuk anak sulung, memang excited sangat. Tapi banyak benda yang kita rasa kita boleh buat, tapi akhirnya tiba-tiba rasa ada masalah. Biasanya selepas bersalin. Susu ibu adalah antara yang paling utama dan paling menyebabkan ibu sangat risau. Sebab itu penting untuk tahu awal-awal sebelum bersalin, fakta-fakta dan masalah-masalah yang sering dihadapi ibu baru ni, supaya ibu lebih bersedia. Untuk ibu yang menyusukan anak pertama kali, biasanya ibu-ibu ni assume;

  1. Susu akan keluar sendiri banyak sejurus selepas melahirkan, walhal biasanya payudara hanya akan bengkak selepas 3, 4 hari (paling awal). Jadi biasanya ibu akan berasa frust dan assume “tak ada susu”.
  2. Ibu assume baby pandai menyusu sendiri sebab banyak yang menyatakan bahawa secara naturenya baby akan pandai menghisap. Tapi bila ibu panik dan baby asyik tolak breast atau tak dapat latch on, ibu akan assume, baby tak suka breast dan baby tak nak susu ibu.
  3. Bila baby menyusu, baby asyik kerap terjaga dari tidur dan asyik menangis dan hanya diam bila dibagi susu. So banyak ibu assume baby tak cukup susu dan akhirnya ibu pon frust dan beri susu dalam botol.

Tambah pulak ibu rasakan perkara-perkara berikut yang lagilah menyumbang kepada mitos-mitos di atas. Berikut adalah antara 4 penyusuan susu ibu masalah paling utama yang dirasai ibu.

>

1. Puting Terasa Sakit, Nyeri dan Kering

Ini adalah masalah paling obvious yang ibu baru bersalin rasa. Puting melecet, pedih, malah ibu rasa takut nak suakan payudara pada baby. Sebenarnya itu adalah berpunca dari teknik lekapan yang tak betul. Berikut ialah cara betul untuk latch on. Amaran, video mengandungi infografic yang menunjukkan aurat ibu, untuk tujuan pendidikan cara betul latch on baby. Pastikan baby mengiring di mana perut baby menghadap perut ibu, bukan mengadap ke atas. Sekiranya perut baby mengadap ke atas, memang akan menyebabkan puting sakit, luka, dan nyeri bila menyusu.

Seperti dalam video, kita dapat lihat bahawa tanda yang baby betul menghisap adalah baby akan berhenti sekejap untuk menelan setelah beberapa kali hisapan. Biasanya, puting sakit beberapa hari pertama selepas bersalin adalah sangat normal. Bila penyusuan susu ibu tu berjaya dan baby berjaya lekap dengan elok, ibu dah takkan rasa sakit lagi dan baby akan mula pandai menyusu. Kalau katakan masih juga sakit, boleh lah sapukan susu ibu di puting setiap kali selepas menyusu. Susu ibu adalah pelembab yang sangat berkesan. Tak perlu beli produk-produk lain di pasaran.

Untuk mengelakkan kejadian puting sakit, berikut adalah langkah utama perlu diambil

  1. Jangan hentikan penyusuan
  2. Periksa samada anda menggunakan teknik yang betul semasa melekapkan bayi ke payu dara. Lakukan teknik yang betul jika salah.
  3. Perahkan sedikit susu dan sapukan pada puting. Ini boleh memulihkan puting yang melecet.
  4. Pastikan posisi ibu dan teknik meletakkan bayi ke payu dara adalah betul.
  5. Jangan menggunakan pelindung plastik pada payu dara kerana bahan tersebut tidak meresap peluh.
  6. Elakkan menggunakan coli yang diperbuat dari bahan sintetik kerana ia meningkatkan perpeluhan dan kurang aliran udara.
  7. Bersihkan payu dara dengan air sahaja, jangan guna sabun kerana boleh mengeringkan kulit.

Sekiranya tiada perubahan, jumpa doktor untuk memastikan samada terdapat jangkitan kulat atau ekzema.

>

2. Payudara Rasa Keras, Sakit dan Bengkak

Ini adalah disebabkan payudara tak dikosongkan dengan baik. Satu sebabnya tadi, ibu rasa baby tak pandai menyusu, dan ibu rasa juga yang ibu tu tak pandai nak menyusukan. Pernah saya lihat, ibu yang tak pandai susukan baby ni, breast dah bengkak dan besar sangat-sangat, tapi baby lagi reject breast. Ini akan jadikan keadaan lagi teruk. Sebabnya, bila breast dah bengkak, bahagian nipple tu akan jadi pendek dan leper. Lagi menyebabkan proses nak latch on jadi makin susah. Kemudian susu akan mula pancut sangat laju dan menyebabkan baby akan tersedak. Sebab itulah baby akan menangis dan reject breast.

Oleh itu, amat penting untuk tahu mengosongkan breast dari awal lagi. Supaya breast tak bengkak. Sebab itu jugalah penting untuk ada pam susu sedari awal kelahiran lagi supaya boleh bantu kosongkan breast bila baby tengah tidur dan tengah kenyang. Sebenarnya sangat bahaya membiarkan breast bengkak sebab ia boleh menyebabkan keadaan breast ibu makin teruk dan juga boleh menyebabkan liang susu tersumbat, mastitis dan juga kesakitan.

<

3. Payudara Rasa Sakit, Panas, Sengal dan Saya Jadi Demam

Ini merupakan tanda yang sebenarnya breast bengkak dah pun dijangkiti kuman. Breast akan bengkak, panas, nyeri, dan sengal sehingga ke pangkal dada. Tapi ini boleh dielakkan jika penyusuan susu ibu dilakukan dengan betul, serta breast dikosongkan dengan efision. Apa nak buat kalau dah rasa bengkak sangat ni? Sangat disarankan untuk ibu-ibu mandi air suam dan urut selalu bahagian breast semasa mandi suam. Tak apa jika susu memancut semasa mandi, sebab pengaliran susu yang lancar akan menambahkan lagi susu ibu. Jangan risau juga jangkitan mastitis ni akan effect kualiti susu ibu. Sebab the best pump ever adalah bayi itu sendiri. Suction baby adalah paling kuat berbanding pam paling mahal di dunia. Sebab itulah latch on yang betul amat penting.

Jika demam tak reda dan bengkak tak surut-surut, jumpalah doktor dan juga pakar laktasi. Support kawan-kawan yang sudah mahir atau peer kaunselor juga penting untuk bantu ibu-ibu baru.

>

Kalau katakan ibu baru ada masalah-masalah seperti di atas ini, kena atasi dahulu dengan tenang. Bawak lah bincang dengan suami dan juga rakan yang sudah mahir dengan penyusuan susu ibu. Jangan pendam sorang-sorang sebab ibu akan stress dan akan assume macam-macam sampai sanggup keluar duit banyak untuk beli vitamin yang boleh pancutkan susu macam air terjun.

Sebab itulah ibu mengandung harus pelajari masalah-masalah biasa ini sebelum bersalin lagi. Supaya ibu lebih bersedia dan tahu untuk bertindak. Ada banyak kumpulan sokongan penyusuan susu ibu, pakar-pakar pediatri, laktasi dan saudara-mara yang boleh membantu. Dapatkan bantuan segera sebelum kerana jika tak tangani dengan cepat, susu ibu akan mengering.

Anda dapati info ini berguna? Sharekan pada ibu baru yang hadapi masalah yang sama. Dan, supportlah mereka.

>

Tunggu Dulu!!

>

Tonton Video di Bawah, Bagaimana Seorang Peer Counselor Laktasi Terjebak Dengan Shaklee Sehingga Lebih Banyak Membantu Ibu Menyusu & Bersalin Yang Lain. Hanya di Group IbuCergas dan Ireach

Dan..

>

Tonton Video di Bawah, Bagaimana Seorang Ibu Ini Panic Dengan Stok Susu Yang Sikit Dan Berjaya Atasi Masalah Beliau. Hanya di Group IbuCergas dan Ireach

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} 3 Masalah Penyusuan Susu Ibu Paling Utama Yang Ibu Baru Risau pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.