10 Masalah Penyusuan Susu Ibu Dihadapi Oleh Ibu Menyusu 

Kita selalu ingat, benda yang natural proses, iaitu proses semulajadi sepatutnya senang kan? Yelah, contoh tumbuh gigi. Tak perlu buat apa pon gigi tetap tumbuh. Macam menangis, macam mana pon kalau natural, air mata tu keluar terus. Tak perlu pon belajar macam mana nak keluarkan air mata. Hehehehheeheh!!!!

{focus_keyword} 10 Masalah Penyusuan Susu Ibu Dihadapi Oleh Ibu Menyusu  common breastfeeding problems

 

Tapi, rupanya breasfeeding, penyusuan susu ibu ni, meskipon proses semulajadi, tapi kena belajar sungguh-sungguh. Sama macam belajar naik basikal. Ade step by stepnya dan mungkin bagi sesetengah orang adalah susah, dan untuk sesetengah orang lain senang la pulak. So untuk ibu baru yang baru nak bersalin dan baru kenal pasal penyusuan susu ibu ni, perlulah aware apakah possibilities yang ada dalam penyusuan susu ibu. Bukan lah bermaksud kita nak masalah tu berlaku, tapi sebagai langkah berjaga-jaga dan dengan harapan kita lebih bersedia untuk menangani masalah jika ia berlaku kelak. 

10 Masalah Penyusuan Susu Ibu Yang Biasa Dihadapi Oleh Ibu Menyusu 

Masalah #1 : Sakit Semasa Baby Menyusu

Seriously memang masa 1st time menyusu, saya rasakan lidah baby sangat kasar! Dan pedih bila baby mula menghisap. Tak masuk lagi rasa geli. Yelah, 1st timer kot. Seriously memang rasa geli. Hahaha. Sepatutnya rasa geli, pedih dan kasar tu sekejap jek. Kalau rasa sakit ni berpanjangan, kena cek balik position baby latch on.

Cara Atasinya : 

Kita rasa sakit tu sebenarnya adalah tanda baby tak latch dengan betul pada breast. Cuba tengok video di bawah ni (amaran: video untuk pelajaran ini ada dedahan aurat wanita). Pastikan perut baby melekat dengan perut ibu. Perut baby tak sepatutnya mengadap ke atas (syiling). Kemudian, usik pipi baby dan dagu baby, dan bila mulut baby terbuka luas tu la peluang kita masukkan breast dari bawah breast. Tanda breast masuk dengan betul adalah banyak bahagian bawah areola masuk ke dalam mulut baby.

Andai kata baby dah latch on dengan betul tapi nipple masih lagi sakit, itu bermaksud bahawa nipple kita kering. Pakai baju yang longgar dan boleh sapu susu ibu pada nipple setiap kali selesai menyusu.

>

Masalah #2 : Nipple atau Puting Merekah

Ada banyak sebab sebenarnya yang menjadikan nipple merekah ni. Antaranya adalah kulit yang terlalu kering, teknik pam yang salah, dan paling selalu berlaku adalah disebabkan oleh teknik latching yang salah. Memang salah latching ni kerap sangat berlaku pada ibu baru. Dah lah ibu pun baru nak belajar, baby pon baru nak belajar. Kadang-kadang memang sampai berdarah, tapi jangan risau, sedikit darah tu tak menjejaskan susu ibu.

Cara Atasinya : 

Mula-mula sekali memang kena check cara latching tu. Tu kena check paling wajib sekali. Kemudian kerapkan menyusukan baby. Jangan bila baby lapar sangat-sangat baru nak susukan. Sebab ia akan jadikan baby hisap dengan kuat. Bangun kan baby at least setiap 2 jam. Sebab baby baru lahir ni lama sangat tidurnya. Bila bangun, dah terlalu lapar, jadi kuatlah dia hisap dan makin sakitlah nipple. Selang selikan dengan breast yang tak luka supaya breast yang luka tu cepat sembuh.

Ibu juga boleh ambil ibuprofen atau acetaminophen sebagai ubat tahan sakit jika keadaan terlampau teruk (Jika terlalu teruklah, jika tidak, tak perlu ambil). Jika mahukan pilihan ubat tahan sakit semulajadi, extract boswellia boleh diambil. Ia dikenali sebagai herba tahan sakit semulajadi.

<

Masalah #3 : Salur Susu Tersumbat (Clogged/Plugged Ducts)

Salur susu tersumbat biasanya berpunca daripada susu yang tidak keluar sempurna dari breast. Biasanya bila ia jadi, ada bahagaian breast kita yang rasa keras dan lain dari kawasan yang lain/ Terasa sengal pulak tu bila dipegang. Dan ia dah jadi teruk kalau dah pun bertukar warna merah. Boleh sampai bawak ke demam tau kesakitan bila susu tersumbat ni. Rasa badan pon jadi sengal dan seram sejuk. Itulah antara tanda-tanda susu sumbat. Ibu baru biasanya tak akan jangka benda ni boleh jadi. 

Cara Atasinya : 

Kerapkan kosongkan breast dan jangan pakai bra yang terlalu ketat. Rehat banyak-banyak dan selalu lah tuam breast supaya pergerakan susu lancar. Apa yang saya suka buat ialah, mandi dengan shower yang hangat sambil urut breast. Ia sangat membantu menghilangkan liang-liang susu yang tersumbat. Bengkak susu disebabkan oleh susu tersumbat sebenarnya tak bahaya. Susu tu pon boleh jek diminum baby macam biasa sebab ia ada antibiotik semulajadi. Cuma langkah berjaga-jaga kena diambil supaya kita tak jatuh sakit. 

<

Masalah #4 : Bengkak Susu Sebab Terlalu Banyak Susu

Kurang susu pun masalah, dan terlebih supply susu pon masalah jugak. Bila breast bengkak, breast akan jadi besar dan puting pon jadi tenggelam. Lagi haru lah kalau puting si ibu memang kecik semulajadi. Memang mengamuk sakan lah baby bila nak latch on tak dapat. Lagi yang baby tak suka bila breast bengkak ni ialah, dia cepat tersedak sebab susu memancut-mancut dalam mulut diorang. Untuk newborn, memang biasanya diorag reject dan menangis, 

Cara Atasinya : 

Kerapkan kosongkan breast dan kerapkan sesi penyusuan. So tidaklah bengkak tu jadi. Kadang-kadang ibu baru ni paham yang kita hanya perlu kosongkan breast bila mula bengkak. Salah tu. Sebenarnya kena kosongkan breast selagi boleh, jangan tunggu bengkak. Bila bengkak dah start, badan akan automatik slowkan production susu sebab badan akan ingat susu tak diperlukan lagi. Kalau kita kerap kosongkan breast, badan akan baca yang sebenarnya lagi banyak susu diperlukan. The more the demand, the more milk will be produced. Kalau dah bengkak sangat jugak, seeloknya perah dulu pakai tangan utuk lembutkan breast yang keras bengkak tadi. Barulah baby dapat latch on dengan baik. 

Cara atasi bengkak susu {focus_keyword} 10 Masalah Penyusuan Susu Ibu Dihadapi Oleh Ibu Menyusu  swollen breasts mastitis 1

Kiri : Breast normal ; Kanan : Breast yang bengkak

<

Masalah #5 : Mastitis

Mastitis ni adalah jangkitan dalam breast yang disebabkan oleh salur susu tersumbat, dan bengkak susu. Bila bengkak sahaja tu tak de masalah, masalah terjadi bila bengkak tu dibiarkan sehingga berlaku infection pada breast. Kalau demam, bawak lah pergi jumpa doktor, sebab demam akibat mastitis ni memang tak boleh bangun sebab sendi pon sangat sakit. Biasanya doktor akan bagi cuti MC sampai 2 hari lamanya. Memang kerja akan langsung tak efisien bila demam akibat mastitis ni. 

Cara Atasinya : 

Disebabkan mastitis ni dah jadi jangkitan bakteria, memang biasanya doktor akan berikan antibiotics untuk bunuh bakteria tu. Selain itu, kena rajin tuam dengan air panas, mandi hot shower, berurut jika perlu dan banyakkan kosongkan breast. Malah jangan takut nak menyusukan baby sebab insyaAllah selamat. Lama kelamaan kawasan yang keras dan merah tadi insyaAllah akan surut bengkaknya. 

cara atasi bengkak susu {focus_keyword} 10 Masalah Penyusuan Susu Ibu Dihadapi Oleh Ibu Menyusu  mastitis 2Bbengkak 2Bsusu

Mastitis

Masalah #6 : Jangkitan Kulat

Kulat trush ni  biasanya ada pada mulut baby; tapi boleh merebak ke dalam breast ibu. Kulat thrush ni biasanya dipanggil Candida albicans dan biasanya memang ada di bahagian mulut, salur pencernaan dan juga kulit. Even kita yang sihat ni pon ada sebenarnya. Tapi bila pembiakannya tak terkawal, kulat ni boleh menjadi jangkitan. Antara tanda-tanda jangkitan kulat pada ibu menyusu adalah;

  • Gatal, berkilat dan merah pada puting, malah kadang kala ada nipple crack.
  • Sakit semasa menyusu dan selepas menyusu
  • Rasa macam terbakar dan pedih
  • Untuk ibu yang bekulit putih, kawasan nipple jadi merah atau purple red ataupun pink terang
  • Untuk ibu berkulit gelap, kawasan nipple jadi lebh gelap dan merah-merah
  • Nipple jadi lebih tegang berbanding biasa
  • Nipple kering dan menggelupas
  • Nipple berisi blister (biji berisi air)
  • Nipple ada bintik putih
  • Nipple kelihatan membengkak
  • Ibu tiba-tiba terkana jangkitan kulat di vagina

{focus_keyword} 10 Masalah Penyusuan Susu Ibu Dihadapi Oleh Ibu Menyusu  Breastfeeding Thrush Symptons from EssentialParent

Thrush dalam mulut baby yang bolehberjangkit kepada breast ibu

Cara Atasinya : 

Doktor akan berikan ubat antifungus untuk jangkitan kulat kepada ibu dan juga bayi. Disebabkan fungus ni daripada mulut baby, baby pon kadang tak selesa, depends on berapa serius jangkitan fungus tu. Selain dari keputih-putihan dekat dalam mulut baby, baby mungkin rasa tak selesa sebab seakan bengkak menebal, dan kadang kala menyebabkan baby tak nak menyusu. Baby pon mungkin juga akan ada jangkitan fungus dekat diaper. Sama jugak dekat kawasan private pasrt tu kena diberi diisapu dengan antifungus. 

<

Masalah #7 : Susu Ibu Tak Banyak

Yang ni memang dilema paling utama ibu-ibu terutamanya ibu muda yang baru first time menyusukan anak. Sedangkan sungguh ramai yang tak tahu sebenarnya susu ini ni berkadaran langsung dengan permintaan bayi. Lebih banyak demand, lebih banyak yang baby nak, badan kita pon akan hasilkan lebih banyak susu. Katakan ada 2 baby sekalipun (kembar), susu badan akan banyak dihasilkan untuk kedua-dua baby tu, sebab demand banyak. Dan sudah tentulah dengan lebih kerap mengosongkan breast. Sama ada direct feeding ataupun kosongkan dengan sangat kerap. 

Cara Atasinya : 

Kerapkan penyusuan susu ibu dan kerapkan sesi pam. Jika ibu bekerja, pastikan breast dikosongkan dengan kerap, setiap 2-3 jam. Jangan biarkan breast bengkak. Minum air juga perlu 2-3 liter sehari dan makan makanan yang berkhasiat untuk memastikan ibu menyusu sihat dan bertenaga. Jika boleh, adakan jadual pam susu ibu berkala untuk dapatkan konsistensi dan disilplin. 

>

Masalah #8 : Baby Mengempeng Lama Sangat Dekat Breast 

Yang ni memang meletihkan, terutamanya ibu baru. Sure terkejut sebab baby asyik kat breast tak nak lepas-lepas macam seolah-olah tak kenyang susu. Sebenarnya, suckling atau pun menghisap adalah salah satu cara untuk baby menenangkan diri mereka. Sebab itulah sedari dalam kandungan lagi memang ada bayi yang pandai dah menghisap jari mereka sendiri. Bila tiba-tiba keluar ke dunia, bayi mungkin terkejut dengan suasana yang terlalu berbeza dengan keadaan di dalam rahim. Sebab itulah juga kita bedung mereka, supaya mereka sentiasa merasakan seolah-olah sentiasa dipeluk seperti mana di dalam rahim. 

Masalah berlaku bila ibu baru tadi asyik ingat baby tak cukup susu, sebab tu lah asyik nak mengempeng (melekat lama sangat dengan breast sambil menyusu). Dan ramai juga ibu baru yang give up dan memberikan susu melalui botol (sama ada FM ataupun susu perahan). Bila ini terjadi, baby akan terbiasa dengan flow susu yang laju dan akan mengganggu proses penyusuan susu ibu yang normal. Malah tak terkejut juga ada bayi yang terus menolah breast ibunya. 

Cara Atasinya : 

Oleh kerana ini sebenarnya bukanlah suatu masalah, maka, layankan sahaja baby tu. Heheh. Kalau katakan baby terlalu lama sangat sampai ibu dah tak larat, ayah kenalah ambil alih dan peluk baby serta dodoikan atau buat kangaroo care dengan baby untuk menenangkan baby. Baby kena juga diajar cara untuk menenangkan diri, bukan hanya melalui suckling sahaja. Video kat bawah ni ada tunjuk bagaimana nak tenangkan baby, selain daripada bagi breast. Heheheh. 

>

Masalah #9 : Inverted Nipple atau Nipple Pendek dan Kecik

Yang ni sebenarnya memang ibu baru takkan tau yang diorang ada masalah ini atau pun tidak. Ada ibu yang memang semulajdinya mempunyai nipple yang cukup besar dan senang baby nak NGAP! Hehe. Tapi ada juga ibu yang nipple nya bukan setakat kecik, malah flat pulak tu. Ada yang inverted dan tenggelam pulak tu. Bila baby dah keluar dan lapar, nak cuba latch on, baru lah perasan, susahnya nak latch on. Sebenarnya baby boleh jek latch on dengan betul kalau tahu tekniknya tak mengira berapa saiz dan jenis nipple. Tapi yelah, sebab ibu baru nak belajar, jadi agak frustrated jugak lah bila baby mula mengamuk kan. 

Cara Atasinya : 

Saya sendiri pernah ceritakan pengalaman saya pada tahun 2011 di link Cabaran Penyusuan Saya di sini (sila klik). Saya secara peribadi (tanpa ade komisyen) sangat suggestkan penggunaan Nipple Former seawal usia kandungan 5 bulan lagi. Kerapkan pumpung guna pump susu, insyaAllah lama kelamaan nipple akan mula keluar. Kalau boleh, gunakan pump douple dan elektrik ya. Untuk kes saya, saya berjaya melalukannya dalam sebulan. 

{focus_keyword} 10 Masalah Penyusuan Susu Ibu Dihadapi Oleh Ibu Menyusu  types nipples

Perbezaan antara Normal Nipple, Flat Nipple, dan Inverted Nipple

Masalah #10 : Sakit Nyeri Semasa Let-Down

Semasa menyusukan bayi, kadang kala ibu akan merasakan seakan-akan renjatan elektrik di bahagian atas breast. Kadang pada kedua-dua breast, kadang pada sebelah sahaja, tetapi kadang ada ibu yang langsung tak merasakan let down reflex (LDR) ini. Ini adalah normal dan sepatutnya tidaklah menyakitkan. Tetapi kadang kala, sakit yang agak kuat menandakan sebenarnya kita ada jangkitan fungus atau bakteria. 

Cara Atasinya : 

Sekiranya ia berlaku semakin sakit, maka perlulah berjumpa dengan doktor. Untuk yang bukan berkaitan dengan jangkitan, ibu kena selalu menyusukan anak sehingga breast betul-betul kempis, barulah pindah ke breast yang lain. Walaumacam mana pon, insyaAllah susu yang dihasilkan tu tetap akan selamat untuk bayi. 

<

Penyusuan susu ibu ni, sememangnya menjadi rezeki kepada ibu dan juga anak. Bukan sahaja memang terbukti ia makanan terbaik untuk bayi, malah ia menjadi impian semua ibu-ibu untuk berjaya dalam penyusuan susu ibu. Tapi, tanpa persediaan ilmu, ia kadang kala sangat sukar untuk ibu baru dan ramai ibu yang tak cukup kuat untuk berjuang demi anak-anak. Kapasiti kekuatan dan semangat setiap ibu juga berbeza. Masalah setiap ibu juga berbeza. Sekiranya memang ada keinginan untuk menyusukan penuh anak-anak, memang sangat memerlukan support, sokongan dan motivasi yang kuat dari rakan sekeliling. Untuk ibu yang bakal melahirkan anak pertama, memang saya sangat menggalakkan untuk ibu-ibu pergi ke kelas-kelas Post Natal yang disediakan di hospital-hospital. 

Untuk ibu-ibu yang bekerjaya pulak, saya pasti ramai di antara rakan-rakan di pejabat yang telah pun berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun atau lebih, meskipun sibuk dengan urusan kerja di pejabat. Tanya pada mereka bagaimana mereka melakukannya supaya anda termotivate sama dan bersedia untuk segala kemungkinan dan cabaran-cabaran dan masalah penyusuan susu ibu. 

Semoga artikel ini memberi manfaat ;-) {focus_keyword} 10 Masalah Penyusuan Susu Ibu Dihadapi Oleh Ibu Menyusu  icon wink  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} 10 Masalah Penyusuan Susu Ibu Dihadapi Oleh Ibu Menyusu  pixel

You may also like...

9 Responses

  1. ayumieka says:

    Salam…
    Kesemua masalah yang dinyatakan pernah saya alami kecuali masalah kelima dan keenam… Tapi macam mana pun, saya tetap berusaha bagi susu badan untuk kedua2 anak saya… :)
    ayumieka recently posted…Ketakutan ibu-ibu breastfeed: bila baby dah pandai menggigitMy Profile

  2. ita says:

    rupa2nya baby mengenpeng tu masalah ya..hehe..tq sharing..mmg beban. bila lama sgt..sy pernah xbgn 4-5 jam semata2 susukan anak..huhu

    • Mama Iman says:

      Hahahhaha saya pon. Masa dalam pantang yang gtu. Xpe, enjoy. Nama pon pantang kan. Opkos la baby adalah priority. Takkan la pantang nak pegi menebas lalang pulak kan. Hehehe. Enjoy jek 4-5 jam tdo tu. Wahahaha.

  3. ummi says:

    wow. perkongsian yg sangat menarik sekali. tips ibu menyusu
    ummi recently posted…Resepi Ayam Goreng KFC (Hot Spicy)My Profile

  4. ira says:

    tq for shairng. great info. :)

  5. Ayaz says:

    Yay for hosting Thanksgiving! I’ve never hseotd a family Thanksgiving before, but I did do one for a bunch of my hubby’s roomates back when we were in college:) We all stayed at school to watch a football game, so the only homecooking they got was my sad excuse for Thanksgiving dinner!!

  6. TUKANG URUT BERSALIN (MELAYU). says:

    PERKHIDMATAN TUKANG URUT BERSALIN (MELAYU)
    AREA SENTUL DAN SEKITAR KUALA LUMPUR

    #BERPENGALAMAN DALAM URUTAN UNTUK IBU2 BERSALIN SEKITAR KUALA LUMPUR#

    CALL : 018-3636986
    WECHAT ID : urutbersalin369

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.